Harian Metro

Pelaburan demi kecergasan mampu lonjak prestasi pemain

-

memenangi sesuatu kejuaraan atau piala, ia menjadi satu penghormat­an. Apabila memenangi Piala Malaysia selepas 26 tahun maka ia satu pencapaian. Kini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah meraih satu lagi piala sekali gus gelaran berganda.

Dominasi bola sepak domestik tidak dapat dipertikai­kan dan anda terus mengharap supaya JDT boleh mengembali­kan maruah bola sepak Malaysia di peringkat antarabang­sa. Namun sebaliknya pula, dengan tiada saingan hebat maka JDT kerap akan terasa kekurangan apabila ingin melonjak ke tahap Liga Juara-Juara Asia atau ACL

Mungkinkah JDT boleh menggunaka­n tarikh serta jadual bola sepak FIFA supaya dapat bermain perlawanan persahabat­an dengan kelab antarabang­sa. Walaupun tanpa pemain kebangsaan tetapi aksi persahabat­an kelab antarabang­sa boleh membantu pemain muda meraih pengalaman.

Pelaburan dalam pembanguna­n pasukan patut menjadi strategi seterusnya kerana pelaburan terhadap pemain sudah sampai tahap tepu bermaksud pemain individu sudah tidak melonjak prestasi.

Adakah Kedah serta JDT sudah mempunyai atau mengenal pasti skuad teras, kumpulan pemain yang akan membentuk rangka pasukan? Adakah skuad teras itu mempunyai pelapis yang boleh mencorakka­n konsep permainan sama?

Bagaimana pula dengan pengganti Ken Ilso? Adakah pemain yang akan menggantik­an Ilso sudah dikenal pasti? Pemain yang memiliki corak permainan yang mirip atau setaraf dengannya? Ilso yang kerdil tetapi pantas serta lincah sudah membuktika­n kebolehan berganding­an dengan rakan sepasukan dan persefaham­an ini boleh berkekalan sekiranya pengganti pun sama.

Bagi JDT pula, tonggak pertahanan, Marcos Antonio akan pulih daripada kecederaan tetapi adakah dia boleh beraksi di tahap saingan AFC? Mungkin Marcos bukanlah terpantas di posisi pertahanan tengah tetapi kualiti kepimpinan­nya sukar dicari.

Adakah JDT sudah mengenal pasti pengganti Mohammed Ghaddar kerana pemain ini kini lebih efektif sebagai pemain gantian? Adakah penyerang yang sudah berusia ini menjadi mangsa jadual Liga Malaysia yang tidak tentu arah? Dia kerap hilang momentum setiap kali liga berehat seketika.

Kedua-dua wakil Malaysia pada pertanding­an AFC, Kedah dan JDT memerlukan tahap kecergasan tinggi seperti dipamerkan di ACL supaya dapat menguasai perlawanan aksi domestik dan antarabang­sa. Musim lalu anda dapat lihat bagaimana tahap kecergasan membantu pasukan seperti Ceres Negros dan Bengaluru mara jauh dalam Piala AFC.

Namun Istiklol pula menunjukka­n tahap lebih tinggi daripada dua pasukan dari Asia Tenggara serta Asia Selatan tetapi tumpas di tangan Air Force Club dari Asia Barat pada final Piala AFC 2017.

Kita dapat lihat bagaimana bezanya tahap kecergasan dari rantau ke rantau dan di mana kedudukan Asia Tenggara.

Semua ini belum mengambil kira pertanding­an ACL.

Kita berharap setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia akan melabur dana mencari sistem pemantauan untuk menyukat kecergasan serta pergerakan pemain sewaktu perlawanan. Data ini kemudianny­a boleh dikongsi ramai supaya penonton atau peminat dapat melihat betapa tahap kecergasan serta semangat pemain.

 ??  ?? ANTONIO (bawah) baru pulih daripada
kecederaan.
ANTONIO (bawah) baru pulih daripada kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia