Harian Metro

Syamim masih

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Pemain tengah Pahang enggan dedah pasukan baru

Ahmad Syamim Yahya tampil mendedahka­n belum menandatan­gani kontrak dengan mana-mana pasukan sekalipun spekulasi menyebut dia bersetuju menyertai Perak musim depan.

Sebaliknya, bekas penjana barisan tengah Pahang musim ini sedang menimbang tawaran lima pasukan apabila mengambil keputusan meninggalk­an skuad Tok Gajah selepas hanya semusim bersama mereka.

Syamim, 25, berkata, dia akan membuat keputusan selewat-lewatnya hujung bulan ini dengan beberapa faktor menjadi perkiraan.

“Semua pasukan yang berminat terhadap saya beraksi dalam Liga Super. Saya boleh katakan tawaran yang diberikan juga menarik menyebabka­n sukar untuk membuat keputusan segera.

“Tapi saya tidak akan membiarkan mereka menunggu terlalu lama kerana faham semua pasukan mahu membuat persiapan awal.

“Oleh itu, saya akan buat keputusan dalam bulan ini juga,” katanya.

Menurut Syamim, antara faktor yang perlu diambil kira dia ingin berada dekat dengan keluarga di Raub kerana ibunya kini tinggal bersendiri­an.

Syamim berkata, sebagai anak bongsu yang belum berkahwin, dia berasa menjadi tanggungja­wabnya untuk menjaga ibunya.

Walaupun enggan mendedahka­n lima pasukan itu namun sumber memberitah­u, selain Perak, FELDA United, Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka turut bersaing untuk mendapatka­n khidmat pemain tengah kelahiran Raub itu.

Sebelum menyertai Pahang musim lalu, Syamim mencipta nama bersama FELDA sejak 2014 yang pernah dipimpin oleh Irfan Bakti Abu Salim.

 ??  ?? AHMAD Syamim (kanan) dalam aksi perlawanan terdahulu.
AHMAD Syamim (kanan) dalam aksi perlawanan terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia