Harian Metro

Nurridzuan ada terima tawaran

-

Pemain tengah, Nurridzuan Abu Hassan belum mengesahka­n pasukan baru yang akan diwakili bagi menghadapi saingan

Liga Malaysia musim depan.

Biarpun ada menerima beberapa tawaran, pemain dari Perak itu belum membuat pilihan pasukan selepas mengikat kontrak bersama Pahang musim ini.

“Buat masa ini, saya belum membuat keputusan tapi memang ada menerima beberapa tawaran dan akan membuat pilihan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Semalam, Persatuan Bolasepak Negeri

Pahang (PBNP) mengumumka­n Nurridzuan antara lapan pemain yang tidak berada dalam perancanga­n skuad Tok Gajah musim depan.

Mengulas tempoh semusim bersama Pahang musim ini, dia berbesar hati dengan kesudian PBNP memilihnya bersama pasukan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia