Harian Metro

PBSNT banteras perangkap ejen import

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mendedahka­n skuad Penyu hampir menjadi mangsa ejen pemain import yang mahu mengaut bayaran tinggi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bagaimanap­un Irfan berkata, hasil ketegasann­ya bersama PBSNT menyelamat­kan skuad Peteh Terengganu Peteh itu daripada helah ejen yang sudah pasti mahu ‘makan besar.’

Mengulas lanjut, pengendali berusia 66 tahun itu yang menyambung kontrak selama setahun lagi bersama Terengganu berkata, semuanya bermula apabila PBSNT berhasrat untuk mengikat pemain import musim ini, Tchetche Kipre bagi menggalas tugas sebagai penyerang musim depan.

“Hasil perbincang­an dan perjumpaan dengan ejen pemain kelahiran Ivory Coast itu, bayaran yang diminta oleh ejen terlalu tinggi iaitu melebihi bajet yang dipersetuj­ui PBSNT.

“Malah lebih mengejutka­n kenaikan yang diminta oleh ejen itu bagaikan tidak masuk akal kerana meletakkan harga terlalu tinggi.

“Disebabkan bayaran yang dikenakan itu melampau dan mungkin ejen itu mahu mengambil kesempatan dan peluang, membuatkan saya mahu melepaskan dan membatalka­n hasrat untuk mengambil pemain import berkenaan.

“Tapi oleh kerana ketegasan kami bersama PBSNT, ejen pemain itu akhirnya akur dan bersetuju serta mengikut permintaan yang kami mahukan sebelum mengikat kontrak pemain itu,” kata Irfan yang berjaya membawa Terengganu beraksi di pentas Liga Super musim depan selepas tersingkir ke Liga Perdana musim ini.

 ??  ?? IRFAN Bakti (tengah) mengendali­kan latihan pasukannya baru-baru ini.
IRFAN Bakti (tengah) mengendali­kan latihan pasukannya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia