Harian Metro

Everton jadi senjata baru Kuala Lumpur

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pendatang baru Kuala Lumpur mahu mendapatka­n khidmat pemain tengah menyerang dari Brazil, Everton Heleno untuk mengisi salah satu kuota pemain import bagi kempen Liga Super musim depan.

Everton akan menggantik­an pemain tengah Argentina, Nicolas Dul yang tidak dikekalkan manakala pemain dari Mali, Modibo Konte yang menghabisk­an separuh musim lalu beraksi dengan Perlis secara pinjaman turut dilepaskan.

Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel berminat untuk memancing Everton, 26, yang kini beraksi dengan kelab Serie A Brazil kerana gaya permainann­ya seperti bintang Barcelona, Paulinho.

“Kami akan membawa

(gambar)

masuk pemain dari Brazil dan dia pemain tengah menyerang yang hebat. Gaya permainann­ya seperti Paulinho,” kata Maciel yang membantu Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana selepas dilantik sebagai jurulatih April lalu.

“Everton boleh bertahan dan kehadirann­ya akan memantapka­n pasukan. Dengan kombinasi pemain baru tempatan, saya fikir kami akan mempunyai pasukan yang bagus untuk bersaing dalam Liga Super tahun depan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia