Harian Metro

‘Kalau ada kes, adalah...’

-

Hanya Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menentukan sama ada kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim akan berdepan hukuman atau sebaliknya.

Ia susulan tindakan perancang tengah JDT itu yang didakwa mencarut untuk melepaskan geram kepada pengkritik­nya ketika meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia di bawah tanggungja­wab Jawatankua­sa Tatatertib.

“Perkara itu di bawah bidang kuasa Jawatankua­sa Tatatertib dan mereka yang akan buat (keputusan). Kalau ada kes, adalah dan kalau tiada kes, tiadalah. Saya tidak boleh komen lebih lanjut,” kata Hamidin semalam.

Safiq didakwa melakukan perkara itu menerusi satu rakaman video menunjukka­n dia meluahkan perkataan lucah yang menjadi viral di media sosial selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah.

Susulan daripada itu, sesetengah pihak berpendapa­t FAM perlu menghukum Safiq selain meminta kapten Harimau Malaya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanap­un Hamidin tidak menganggap perkara itu akan mengganggu fokus Safiq untuk beraksi pada perlawanan kedua berdepan Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Isnin ini.

“Saya tahu isu itu banyak dimainkan di media sosial sebelum ini. Tapi saya fikir Safiq seorang pemain berpengala­man, dia

tahu bagaimana nak uruskan diri.

“Jika diturunkan pada aksi kedua berdepan Korea Utara nanti, saya yakin dia mampu kawal perasaan dan tekanan,” katanya.

 ?? Hamidin Mohd Amin ?? Saya fikir Safiq seorang pemain berpengala­man,
dia tahu bagaimana nak
uruskan diri
Hamidin Mohd Amin Saya fikir Safiq seorang pemain berpengala­man, dia tahu bagaimana nak uruskan diri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia