Harian Metro

Persembaha­n 3 band otai

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Febians,

Orion dan Klutz bergabung

dalam konsert Live

& Loud

Biarpun pelbagai genre muzik mendominas­i dunia nyanyian hari ini, irama rock masih unggul dan diminati ramai.

Rock menjadi pujaan anak muda di negara ini pada era 80-an dan 90-an dengan kemunculan banyak band rock yang mewarnai dunia seni hiburan ketika itu.

Kumpulan Febians,

Orion dan Klutz antara nama yang cukup popular malah lagu mereka menjadi siulan ramai.

Sebagai usaha untuk mengembali­kan semula kehangatan irama muzik rock, Rashid & SL Empire Enterprise julung kali menggabung­kan tiga kumpulan itu dalam konsert Live & Loud di Blackbox Mall Of Medini Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.

Menurut penganjurn­ya, Rasheed Hassan pemilihan tiga otai rock Malaysia itu dibuat berdasarka­n pengalaman, pencapaian dan warna muzik yang dipersemba­hkan sepanjang pembabitan dalam arena seni.

“Persembaha­n ini sebagai satu cara kami mengumpul kumpulan rock yang masih aktif. Lagipun, ketiga-tiga kumpulan ini memperjuan­gkan muzik yang berbeza dan cukup dikagumi.

“Kami percaya penonton yang hadir akan mengimbau kembali setiap nostalgia menerusi lagu yang bakal dipersemba­hkan. Kami juga sangat teruja apabila penjualan tiket konsert ini begitu memberangs­angkan dan ia masih dibuka,” katanya.

Kata Rasheed, konsert yang akan bermula jam 8.30 malam itu bakal menyaksika­n lebih 20 lagu dipersemba­hkan.

“Kumpulan Klutz akan membuka tirai konsert ini. Kumpulan ini dicalonkan dalam tiga kategori pada Anugerah Planet Muzik 2017 barubaru ini. Kumpulan ini terkenal dengan lagu Bianglala dan Sambar.

“Seterusnya, konsert ini akan menyaksika­n kumpulan Febians yang masyhur dengan seleksi lagu Demi Cinta Ini,

Rumie dan Julie serta single terbaharu mereka iaitu Untuk Apa Lagi.

“Lebih mengujakan, Orion yang cukup popular dengan jolokan muzik speed metal dari Kuala Lumpur ini buat julung kali membuat persembaha­n di Johor Bahru dan akan mendendang­kan lagu daripada album Voyage to the Promised Land,” katanya.

Sebelum konsert terbabit bermula peminat yang hadir boleh beramah mesra dengan tiga kumpulan ini dalam acara Meet & Greet bermula jam 4 hingga 6 petang.

Tiket dijual dengan harga RM40 boleh didapati di MAP, Mall of Medini pada hari konsert.

 ??  ??
 ??  ?? KLUTZ buka tirai konsert.
KLUTZ buka tirai konsert.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia