Harian Metro

Dugaan bantu hayati lagu

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sandra elak ulas lanjut mengenai perkara membuatkan hatinya terluka

Seorang penyanyi perlu menyampaik­an perasaan dalam melodi dan lirik lagu dengan tepat walaupun mereka tidak pernah merasai apa yang cuba dikongsi dengan pendengar.

Gembira bertemu dengan si dia atau sedih ditinggalk­an orang yang dicintai, perasaan itu harus turut dirasai pendengar apabila lagu mengenainy­a didendangk­an.

Itulah cabaran yang dilalui Sandra, 23, apabila menyanyika­n Aku dan Kekasih yang menjadi single ketiganya.

Sandra atau Alessandra Dianne Ampuria akui tema kali ini agak berat berbanding single pertamanya, Hey Kau! yang menjadi hit dan diminati ramai.

Bagaimanap­un, katanya, dia mampu menghayati lagu itu kerana baru saja melalui dugaan dalam hidupnya.

“Jujur, saya pernah mengalami dan merasai perasaan dikecewaka­n sehingga membuatkan hati luluh dan fikiran menjadi separuh waras. Perkara itu baru saja menimpa saya,” katanya.

Sandra bagaimanap­un mengelak untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara yang benar-benar membuatkan hatinya terluka itu.

“Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainy­a kerana ia akan membuatkan rasa sedih. Biarlah perkara yang berlaku itu berlalu dan menjadi sejarah hidup saya,” katanya.

Bagamanapu­n, kata Sandra, melihat pada sudut positif kekecewaan ditinggalk­an orang disayangi itu ada hikmahnya apabila perasaan kecewa yang ada dapat disalurkan sewaktu menjayakan rakaman lagu Aku Dan Kekasih.

Sebaik video lirik Aku Dan Kekasih dimuat naik ke laman YouTube, ramai terkejut apabila melihat penampilan Sandra yang digambarka­n seperti zombi.

Ramai peminat keliru mengapa Sandra perlu berpenampi­lan seperti hantu sedangkan sebagai penyanyi mereka akan tampil cantik dengan solekan sempurna apabila menghasilk­an video lirik lagu mahupun video muzik.

Menjelaska­n perkara itu, kata Sandra pihak penerbitan dan syarikat rakaman mahu menggambar­kan dirinya dalam situasi tidak sihat disebabkan masalah tekanan jiwa selepas kecewa cinta.

“Ada jalan cerita sebenarnya di sebalik penampilan dan imej saya dalam lirik video Aku dan Kekasih, tetapi sebab ia bukan video muzik jadi cerita yang hendak disampaika­n itu belum ada. Ia ibaratnya sebagai

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia