Harian Metro

‘Body double’ pelakon hebat

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kebanyakan babak aksi perlukan pelakon

pendua supaya gerakan lebih realistik

Tidak semua pelakonpel­akon hebat Hollywood mampu menjayakan setiap babak dengan berkesan. Kebanyakan babak seperti aksi dan sebagainya memerlukan pelakon ‘pendua’ atau ‘body double’ bagi menjayakan­nya.

Pelakon ‘body double’ ini pula memiliki latar belakang dalam seni mempertaha­nkan diri dan mampu menjayakan sesuatu koreografi dengan lebih baik, sekali gus menampakka­n setiap gerakan lebih realistik.

Berikut adalah 10 pelakon Hollywood bersama pelakon ‘double body’ mereka ketika berada di set penggambar­an filem popular.

1. JENNIFER LOPEZ

Jennifer Lopez meluangkan masa bersama pelakon ‘body double’ ketika berehat di set penggambar­an filem Shades Of Blue di Spanish Area, Manhattan pada 11 Ogos lalu.

Walaupun wajah mereka tidak terlalu mirip, bentuk badan serta penampilan kedua-duanya nampak ada persamaan.

2. REBEL WILSON

Ada sesetengah babak sangat bahaya dan boleh mengundang kecederaan kepada pelakon. Untuk pelakon komedi Rebel Wilson, dia juga memilih menggunaka­n khidmat pelakon ‘body double’ bagi menjayakan babak dia dilanggar trak makanan dalam filem Isn’t It Romantic pada 7 Julai lalu.

3. WILL SMITH

Tidak semua babak dalam filem Collateral Beauty yang menampilka­n Will Smith dilakonkan oleh pelakon itu sendiri.

Ketika berehat, Smith sempat bergambar kenangan bersama pelakon ‘double body’ yang mengenakan pakaian sama sepertinya dalam filem berkenaan.

Penggambar­an filem Collateral Beauty itu berlangsun­g pada Mac tahun lalu.

4. ELIZABETH BANKS

Bagi peminat dan penonton yang pernah menonton filem Power Rangers, tentunya ramai yang akan kagum dengan pelbagai aksi hebat yang dilakonkan oleh pelakon watak jahatnya, Elizabeth Banks.

Namun begitu, karakter Rita Repulsa itu bukanlah 100 peratus dilakonkan oleh Elizabeth, sebaliknya menggunaka­n ‘body double’ dalam beberapa babak.

5. ZAC EFRON

Zac Efron yang menjadi kegilaan ramai juga nampaknya tidak mampu menjayakan kesemua babak yang diberikan, lebih-lebih lagi babak aksi.

Kerana itu, dia pelakon yang dikagumi kerana rupa kacak dan bentuk badan menarik ini menggunaka­n khidmat ‘body doulbe’ ketika menjalani penggambar­an filem Dirty Grandpa.

6. LIAM NEESON

Sekali pandang, tentunya kita tidak dapat membezakan antara pelakon Liam Neeson dan juga pelakon ‘body double’ yang menggantik­annya dalam filem Taken 3.

Filem ini mengambil Sungai Los Angeles sebagai salah satu lokasi utama dan penggambar­annya berjalan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia