Harian Metro

Rooney, United pilihan Zoey

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kesetiaan bintang bola sepak terkenal iaitu Wayne Rooney bersama pasukan Manchester United menjadi kekaguman kepada pengacara dan pelakon Zoey Rahman.

Katanya, 13 tahun bersama United adalah satu tempoh yang panjang dan banyak masa gemilangny­a juga bersama pasukan itu.

“Tiada nama lain akan terlintas dalam fikiran saya apabila disoal berkenaan bola sepak. Rooney adalah pemain yang sangat saya sanjungi.

“Bersama United sejak berusia 19 tahun membuktika­n Rooney tidak pernah berpaling arah untuk membina nama.

“Walaupun sekarang dia sudah bersama Everton, saya masih mengikuti perkembang­annya kerana semangat Rooney berasama United wajar dipuji, malah banyak membantu pasukan itu memenangi perlawanan penting,” katanya.

Zoey juga berpendapa­t, Rooney seorang pemain yang kreatif dan penyerang bertenaga dengan gabungan kemahiran teknikal serta fizikal yang kuat.

“Biarpun dia tidak cukup tinggi, namun aksi dia amat cemerlang dan selalu menampilka­n permainan yang menarik.

“Saya boleh rumuskan dia sebagai penyerang yang serba boleh dengan kemampuan mengendali­kan setiap posisi,” katanya yang meminati sukan ekstrem seperti water rafting, rock climbing dan paraglidin­g.

Menganggap Rooney sebagai orang yang bijak menyudahka­n gol, kata Zoey, sepakannya sangat tepat sama ada sepakan itu dibuat di kawasan petak penalti atau luar kotak.

“Sebab itu, dia menjadi idola saya. Dalam bola sepak, kerjasama sangat penting dan perkara itu ditunjukka­n Rooney dengan pemain lain.

“Stamina yang kuat juga sangat diperlukan sama seperti kami yang bergelar selebriti. Tenaga itu penting untuk mengekalka­n momentum dan saya mengambil contoh Rooney setiap kali menampilka­n bakat lakonan atau pengacaraa­n,” katanya yang turut bermain bola seperti futsal.

Tambahnya, bola sepak boleh dijadikan sebagai pengerat hubungan silaturahi­m dan memilih Manchester United sebagai kelab ternama yang memberi tumpuan kepadanya.

“Kelab bola sepak England itu memang sentiasa unggul dan tetap di hati saya. United banyak melakar kejayaan dalam pertanding­an liga Inggeris mahupun Eropah yang menjadi sanjungan sesiapa saja.

“United adalah yang terbaik. Saya sentiasa mengikuti perkembang­an United dan tahu kejayaan diperoleh kelab yang ditubuhkan pada 1878 itu tidak dapat ditandingi.

“Gelaran The Red Devils membuktika­n betapa kuat dan kukuhnya pasukan itu yang kini sudah memiliki 20 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 12 kali juara Piala FA dan tiga kali pemenang Liga Juara-Juara,” katanya.

Zoey berkata, dia baru saja selesai pengambara­n siri laman sesawang untuk Toyota berjudul Janji Stylo dan filem Awang Gerudi.

“Kesibukan itu tidak membataska­n saya untuk bersukan kerana sukan itu baik untuk kesihatan.

“Amalan gaya hidup sihat adalah dengan bersukan. Sama seperti saya sendiri yang akan pergi ke pusat gimnasium untuk bersenam memulihkan tenaga, selain berjoging,” katanya sambil memberitah­u drama 26 episod berjudul Mat Rukun lakonannya sudah ditayangka­n dalam slot kelakarama TV9 sejak 25 Oktober lalu.

 ??  ?? WAYNE Rooney
WAYNE Rooney
 ??  ?? ZOEY Rahman
ZOEY Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia