Harian Metro

Foden kegemaran Guardiola

-

Dia juga dilihat seronok untuk bermain dengan caranya yang tersendiri dan paling penting mempunyai naluri, di mana peluang yang sesuai bagi meledak jaringan ataupun melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.

Foden yang pernah disenaraik­an dalam skuad Liga Juara-Juara menentang Celtic di peringkat kumpulan musim lalu, juga mempunyai kelebihan dari segi menggelece­k serta mengawal bola dengan baik.

City juga dilihat sentiasa melindungi

Foden tatkala dia sedang mengembang­kan bakatnya, apabila dia disimpan dan disekat untuk menyertai B-18 City dari skuad B-16, kerana kelab berkenaan beranggapa­n dia masih memerlukan pembentuka­n fizikal.

Foden juga sudah beberapa kali berlatih bersama skuad utama City musim ini, jadi Guardiola dan bekas jurulatih di akademi, Rodolfo Borrell, sentiasa memantau peningkata­n prestasiny­a.

Selain itu, dia juga diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan pramusim bersama seorang lagi bintang muda, Brahim Diaz.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia