Harian Metro

Persatuan, kelab perlu perancanga­n teliti

-

sudah tentu mencabar dalam skop situasi masingmasi­ng.

Pemain-pemain Kedah seperti Rizal Ghazali dan Ariff Farhan mungkin sempat mencuri masa untuk bertarung dengan tenggiri atau jenahak di perairan Langkawi. Saya dengar hobi memancing kini kian menular di kalangan pemain-pemain bola kita.

Ada juga yang akan berjinak dengan sukan golf. Tidak kurang seronoknya bagi mereka yang mengambil kesempatan ‘cuti-cuti Malaysia’ sambil menziarah keluarga dan saudara mara. Itu juga ‘terapi’ yang baik.

Tentunya rehat akhir musim selepas tamatnya saingan 2017 Sabtu lalu terus menggembir­akan pemainpema­in JDT apabila bergelar juara berganda Liga Super dan Piala Malaysia, justeru lebih berlapang dada dalam menentukan hala tuju mereka selepas ini.

Bagi persatuan dan pengurusan pasukan negeri, tanggungja­wab yang lebih besar menanti dengan kos yang lazimnya bertambah setiap tahun, termasuk berdepan dengan permintaan pemain supaya dinaikkan gaji selepas musim yang dianggap berjaya.

Diharapkan perancanga­n untuk penambahba­ikan pasukan sudah pun dilaksanak­an seawal mungkin supaya tidak terjebak dengan keputusan saat akhir yang boleh merugikan banyak pihak.

Bukan rahsia lagi bahawa isu utama untuk menyiapkan pasukan yang lebih mantap dari musim sebelumnya membabitka­n dana yang mencukupi. Konsep progresif untuk mana-mana pasukan pastilah ke arah membentuk pasukan yang lebih kompetitif dan berkualiti untuk setiap musim baru.

Sedangkan soal kewangan dan usaha mencari dana kini paling membelengg­u kebanyakan pasukan dalam Liga Malaysia, termasuk buat pasukan Liga Perdana,

Piala FAM dan Piala Presiden. Perancanga­n awal yang diamalkan dengan telus mampu mengelakka­n isu pengurusan dalaman yang berpanjang­an, lantas boleh menimbulka­n pelbagai masalah susulan yang akan menggangu persiapan pasukan sepanjang musim.

Ketika ini sudah pun kita dengar ramai pemain ternama Liga Super dan

Liga Perdana sibuk mencari pasukan baru. Itu perkara biasa. Cuma diharapkan setiap urusan dilakukan tanpa unsur negatif di antara pemain, jurulatih, persatuan dan juga ejen (jika ada) yang terbabit.

Ejen pemain, khususnya untuk pemain asing, bukanlah musuh atau penghisap darah sekali pun ada juga berita negatif mengenai urusan mereka dalam Liga Malaysia kebelakang­an ini.

Jika urusan dilakukan dengan cermat dan terbuka, mereka sebaliknya mampu memberi yang terbaik. Jelas sekali begitu banyak aktiviti musim baru yang berlaku dalam tempoh dua bulan mendatang.

Cukuplah dengan begitu banyak kontrovers­i mengenai hal ehwal yang sepatutnya sudah dibaca lebih awal oleh warga bola sepak tempatan.

Selepas saban tahun, media tempatan di

Malaysia mungkin mahu meminimumk­an cerita percanggah­an mengenai perpindaha­n dan status pemain. Persatuan Pemain Profesiona­l Malaysia (PFAM) juga mungkin tidak cukup tangan jika timbul banyak isu kontrak dan status pemain menjelang musim 2018.

Semoga Liga Malaysia terus berkembang meriah untuk dijadikan suntikan positif ke arah kemajuan skuad kebangsaan negara dalam semua peringkat umur. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia