Harian Metro

SANDIWARA TIKET DI DARUL AMAN

-

Di sebalik kemeriahan final Piala Malaysia antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu minggu lalu, beberapa insiden sedikit sebanyak mencemari suasana itu.

Sebagai peminat bola sepak, Spy Bola memang sedih bila situasi sebegini berlaku dalam bola sepak kita yang diangkat ke taraf profesiona­l kerana rupa-rupanya masih ada pihak tertentu bersikap amatur.

Kontrovers­i isu jualan tiket di Stadium Darul Aman yang mencetuska­n kekecohan sehingga ada pihak melaporkan­nya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sepatutnya berlaku jika ia ditangani dengan bijak.

Kasihan betul Spy Bola lihat penyokong pasukan Kedah yang sampai sanggup bermalam di kawasan stadium sematamata kerana mahu dapatkan tiket. Tapi, akhirnya ramai yang hampa apabila hanya 10,000 daripada 30,000 tiket yang diperuntuk­kan untuk pasukan itu dijual di kaunter.

Mana lesap baki 20,000 tiket itu? Itulah persoalan yang membuatkan penyokong tidak puas hati sehingga mereka mengadu kepada SPRM.

Walaupun penjelasan sudah diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai agihan 20,000 tiket itu tapi penyokong tidak mudah menelan bulat-bulat kenyataan KFA itu.

Sebaliknya mereka mengesyaki ada ‘sandiwara’ di sebalik ‘kehilangan’ tiket berkenaan. Malah, secara terang-terangan ada penyokong Kedah menuduh tiket final itu telah dijadikan modal politik oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan.

Spy Bola tidak pasti sejauh mana tuduhan ini betul tapi apa-apa pun isu itu tidak patut timbul dan berharap KFA belajar daripadany­a agar tidak berulang pada masa akan datang.

 ??  ?? PENYOKONG Kedah beratur sejak jam 8 malam.
PENYOKONG Kedah beratur sejak jam 8 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia