Harian Metro

RADHI MANGSA POLITIK JUMUD

-

Satu lagi isu yang buat Spy Bola geleng kepala adalah tindakan pihak tertentu yang tidak merestui pemilihan pemain legenda Kedah, Radhi Mat Din untuk acara pembukaan final di Shah Alam pada malam itu.

Malah, apa yang membuatkan Spy Bola loya serta nak muntah adalah sikap kebudak-budakan pihak berkenaan yang tidak bersetuju dengan pemilihan Radhi kerana dia adalah penyokong sebuah parti politik yang tidak sealiran dengan mereka.

Ia jelas membogelka­n perangai sebenar segelintir pemimpin politik kita. Segala hal di sekeliling mereka mahu dipolitikk­an. Inilah yang dikatakan politik jumud.

Elok juga hal ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ (Tengku Mahkota Johor) supaya semua orang tahu perangai mereka.

Spy Bola yakin, selagi ada orang-orang sebegini dalam bola sepak kita, sampai bila pun kita akan terus mundur kerana kepentinga­n politik lebih diutamakan berbanding sukan itu sendiri.

Spy Bola tidak mempunyai apa-apa masalah bila bekas penjaga gol Kedah, Azmi Mahmud mengusung Piala Malaysia bersama bekas rakan sejawatnya dari Johor, Salleh Mohd Nor pada acara pembukaan tapi ikhlasnya jika Radhi yang mengambil peranan itu, memang bertepatan lagi sesuai dengan prestij piala berkenaan.

Walaupun Radhi berkata dia tidak terasa hati dengan insiden itu tapi ramai peminat yang sakit hati.

 ??  ?? AZMI (kanan) bekas penjaga gol Kedah.
AZMI (kanan) bekas penjaga gol Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia