Harian Metro

Persediaan sebulan demi peminat

- Nazrul Azuad am@hmetro.com.my

House@G Tower di Jalan

Tun Razak, Kuala Lumpur menjadi saksi kehebatan Rampage yang pertama kali mengadakan persembaha­n di situ, baru-baru ini.

Lebih 200 peminat rock memenuhi kawasan itu untuk menyaksika­n band yang dianggotai pemain dram tersohor, Yazit, Moq (penyanyi), Jemboo (gitar), Rithan (gitar) dan Zham (bass) ini.

Apa yang menarik, sejak 17 tahun ditubuhkan, inilah persembaha­n pertama Rampage di Kuala Lumpur.

Yazit selaku pengasas Rampage berkata, mereka terharu dengan sambutan penonton dan peminat terhadap band itu.

“Walaupun sudah lama ditubuhkan, kami boleh dikatakan sebagai band baru. Memang kami sudah lama dan lagu yang berusia 17 tahun.

“Bagaimanap­un, kami tetap memberikan yang terbaik. Untuk persembaha­n ini, kami membuat persediaan selama sebulan. Kami tidak mahu anda kecewa jika gagal memberikan persembaha­n terbaik,” kata Yazit kepada penonton pada malam itu.

Rampage berasal dari Search yang tampil dengan album Selepas Banjir pada 1999. Ketika Search hampir tumbang, Yazit meneruskan perjuangan band itu dengan merekrut Moq, Zham dan Shah Slam (gitar) ketika itu.

Bagaimanap­un, kegagalan Selepas Banjir menyebabka­n Search dibubarkan dan Yazit menubuhkan Rampage bersama Moq, Zham serta pemain gitar, Cha’a pada 2000.

Selepas 17 tahun, barulah Rampage berpeluang menghasilk­an album sulung mereka berjudul Rempuh yang mula dipasarkan tahun ini.

Dalam persembaha­n malam itu, penonton terlebih dulu ‘dipanaskan’ dengan persembaha­n daripada Search Tribute Band yang membawakan lagu popular Search.

Antaranya ialah Gemuruh, Pawana, Menara Kesesatan, Pasti, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Isabella.

Pentas kemudian diserahkan kepada Rampage. Penonton yang pada mulanya hanya menjadi pemerhati di meja makan ketika persembaha­n Search Tribute Band mula berasak-asak di depan pentas.

Setiap gerak-geri Yazit, Zham, Moq, Jemboo dan Rithan menjadi perhatian mereka.

Tanpa banyak bicara Rampage membuka tirai persembaha­n dengan lagu berentak perlahan berjudul Selimuti Hawa yang mengisahka­n wanita berhijab.

Walaupun dicipta 17 tahun lalu, ia sesuai dengan cita rasa peminat masa kini.

Mereka kemudian mempersemb­ahkan lagu Torpedo yang menyaksika­n kekuatan muzik Rampage.

Hentakan dram berharmoni dengan petikan gitar dan dentuman bass bertali arus memberikan impak yang cukup kuat.

Lagu Kejoraku Bersatu yang dipetik daripada album Selepas Banjir menyaksika­n peminat menyanyi bersama dari mula hingga akhir.

Rampage turut mendendang­kan lagu daripada album mereka iaitu Rempuh, Apa Mahu Mu dan lagu ‘cover’ Led Zeppelin iaitu Rock & Roll serta Whole Lotta Love.

Dalam persembaha­n itu, penganjur turut menyediaka­n seorang pemain dram tambahan memainkan satu lagi set dram yang disediakan.

Yazit berkata, ia sebagai persediaan jika dia mengalami masalah kesihatan.

Yazit yang sebelum ini uzur akibat masalah buah pinggang dan kencing manis dilihat cukup bertenaga ketika bermain dram.

Mungkin benar katakatany­a, muzik dan dram adalah terapi kepada masalah kesihatan yang dihidapiny­a.

Rampage menutup persembaha­n dengan lagu

Isi & Kulit yang dinyanyika­n bersama Search Tribute Band.

Selain peminat, beberapa rakan pemuzik turut hadir memberi sokongan antaranya Black Wings, Lord, Tom dan Eddie CRK.

 ??  ?? RAMPAGE pamer persembaha­n mantap. Walaupun sudah lama ditubuhkan, kami boleh dikatakan sebagai band baru. Memang
kami sudah lama dan lagu yang berusia
17 tahun
RAMPAGE pamer persembaha­n mantap. Walaupun sudah lama ditubuhkan, kami boleh dikatakan sebagai band baru. Memang kami sudah lama dan lagu yang berusia 17 tahun
 ??  ?? YAZIT cekal dalam perjuangan muziknya walaupun uzur. RAMPAGE bergabung dengan Search Tribute Band membawa lagu Isi & Kulit.
YAZIT cekal dalam perjuangan muziknya walaupun uzur. RAMPAGE bergabung dengan Search Tribute Band membawa lagu Isi & Kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia