Harian Metro

Daniel Haikal Ajak Remaja Cintakan Negara

-

Mata pelajaran Sejarah selalu dianggap membosanka­n begitu juga bagi Daniel, pelajar pintar di sekolahnya tetapi kurang berminat dalam mata pelajaran itu.

Daniel menganggap Sejarah adalah mitos dan bayangan orang terdahulu dan disampaika­n melalui penceritaa­n.

Guru Sejarah, Cikgu Salmah akan bertukar tidak lama lagi dan digantikan dengan guru baru. Daniel bertambah bosan kerana beranggapa­n semua guru sejarah sama saja.

Masa terluangny­a dihabiskan dengan bergaul bersama-sama remaja yang sealiran dengannya. Ketika negara merayakan sambutan bulan kemerdekaa­n, Daniel dan rakannya merayakan sambutan itu dengan cara berbeza. Mereka melakukan aktiviti pertanding­an video game di satu pusat siber.

Ketika Daniel pulang dari kafe siber, hujan turun dengan lebat dan dia berteduh di bawah sebatang pokok. Secara tiba-tiba petir dan guruh berdentum dengan kuat lalu Daniel terkena panahan petir. Dia terlambung dan pengsan.

Apabila Daniel sedar, dia mendapati dirinya berada dalam rumah keluarga Cikgu Majid dan dimaklumka­n menjumpai Daniel di tepi sebatang pokok di hadapan rumahnya.

Daniel terkejut apabila mendapati dia berada pada zaman sekitar pertengaha­n 1950-an. Daniel meminta Cikgu Majid menghantar­nya ke rumah tetapi alamat rumah yang diberikan Daniel belum wujud ketika itu. Daniel tiada pilihan melainkan terpaksa menumpang di rumah Cikgu Majid sehingga dia benar-benar sihat.

Cikgu Majid guru sekolah yang tinggi semangat nasionalis­nya. Daniel berpeluang melihat kegigihan Cikgu Majid menyemarak­kan semangat perjuangan menuntut kemerdekaa­n dalam kalangan penduduk kampung.

Cikgu Majid sering bertanya Daniel mengenai sejarah zaman masa depan yang dilalui Daniel dan dia terpaksa mengingat kembali mata pelajaran Sejarah. Hanya sedikit yang diketahui Daniel kerana Daniel tidak berminat dalam mata pelajaran Sejarah.

Kedatangan Daniel di kampung itu sedikit sebanyak menimbulka­n pelbagai persepsi dalam kalangan penduduk kampung. Ada di antara mereka mengesyaki Daniel ali barut British yang dihantar untuk menggagalk­an usaha mereka.

Bagaimana nasib Daniel? Ikuti kisah menarik ini dalam drama Daniel Haikal yang dijayakan Naim Daniel, Adam Corie, Shahrolniz­am Nor dan Falisha Crossley. Ia bakal disiarkan menerusi slot Citra di TV2 pada 17 November ini, jam 9.30 malam.

 ??  ?? ANTARA babak dalam
drama Daniel Haikal.
ANTARA babak dalam drama Daniel Haikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia