Harian Metro

‘Kaji, kenali karakter orkid dulu’

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Minat mendalam terhadap dunia gubahan mendorong anak kelahiran Pasir

Mas, Kelantan ini tidak lokek berkongsi idea dan panduan supaya hasilnya lebih mengujakan serta sempurna.

Begitu dekat dengan gubahan orkid, Mohd Nawawi Mustafha, 39 sentiasa tampil dengan gubahan unik sarat kelainan sesuai untuk pelbagai majlis, ruang atau tanda penghargaa­n.

Sesi temu bual Mohd Nawawi yang turut dikenali Awien atau Awie itu lebih menarik apabila beliau turut berkongsi kaedah menghasilk­an gubahan orkid dua tangkai yang eksklusif.

Sambil tangan pantas menghasilk­an gubahan mengikut peringkat tertentu, mulutnya petah menjawab pertanyaan penulis.

“Menghasilk­an gubahan orkid hiasan ini tidak sukar, namun ia seharusnya kelihatan lebih semula jadi dan benar-benar menarik jika menyamai ‘kehidupan’ asalnya.

“Dalam erti kata lain, sebelum menghasilk­an gubahan banyak elemen atau persiapan lain yang perlu dilakukan bukan sekadar penyediaan bahan gubahan semata-mata.

“Paling utama, kaji dan kenali karakter orkid atau tumbuhan asal yang anda gubah itu supaya setiap gerak langkah dan susun letaknya lebih semula jadi,” katanya yang menceburi bidang gubahan sejak

2004 dengan menubuhkan syarikat Anggun Kejora.

Malah beliau sendiri sering menghabisk­an masa sekurang-kurangnya dua jam jika berkunjung ke nurseri bunga-bungaan hanya semata-mata menatap keindahan orkid.

“Daripada medium tanaman, kedudukan bunga yang berkembang atau sebaliknya, keadaan daun serta liuk-lintuk orkid itu sebaik ditiup angin juga nyata mencuri perhatian saya.

“Lantas, inspirasi gubahan tercetus dari situasi itu,” katanya yang tidak hanya pakar dalam gubahan orkid sematamata.

Mohd Nawawi juga berkata, setiap kali beliau menghasilk­an gubahan orkid hiasan, bayangan karakter semula jadi tumbuhan itu adalah satu keutamaan.

Kemudian idea gubahan mula digarap dengan mencari bahan sesuai.

“Biasanya orkid hiasan pilihan saya daripada berasaskan ‘latex premium’ kerana lebih berkualiti dan menjamin jangka hayat gubahan supaya lebih lama bertahan.

“Bukan sekadar memperliha­tkan gubahan orkid yang benar-benar semula jadi, malah material ini tidak mudah memerangka­p habuk atau kotoran.

“Faktor penjagaan itulah yang menjadikan ‘latex premium’ sebagai pilihan utama,” katanya yang tidak menang tangan menerima tempahan menghasilk­an gubahan orkid.

Malah insan berbakat ini pernah menghasilk­an

 ?? FOTO ?? MOHD Nawawi begitu mencintai dunia gubahan orkid. KEUNIKAN yang membuatkan orkid hiasan antara pilihan dalam menyerikan ruang.
FOTO MOHD Nawawi begitu mencintai dunia gubahan orkid. KEUNIKAN yang membuatkan orkid hiasan antara pilihan dalam menyerikan ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia