Harian Metro

Upholsteri wujud sejak zaman Mesir

-

Menyingkap sejarah upholsteri dan kelengkapa­n fabrik sebagai kemasan ruang dalaman, ia semestinya berubah mengikut zaman.

Malah kemasan lembut dan kontempora­ri juga dikatakan turut bermula pada zaman Mesir.

Latar ruang yang dihiasi bantal unik dengan kain mewah membaluti perabot tertentu sudah cukup membawa gambaran kemewahan.

Zaman pertengaha­n upholsteri pula dikatakan muncul selepas zaman kegelapan dan pemilik kediaman semakin memberi tumpuan kepada penataan ruang dalaman.

Kusyen umpamanya ditambah pada kerusi oak bagi memberikan keselesaan, tapi tidak ada bantal pada bahagian belakangny­a.

Itali mula membuat sutera terbaik hingga merebak dengan cepat ke Britain.

Pada masa sama penenun menghasilk­an hiasan dinding, tirai tempat tidur dan kusyen. Namun semua itu hanya disediakan kepada golongan bangsawan saja.

Tumpuan era Elizabeth pula jelas kelihatan pada penghasila­n langsir tebal dan unik.

Tingkap yang tinggi mula diserikan dengan langsir panjang dari siling ke lantai.

Fabrik kulit, baldu dan bersulam tidak ketinggala­n menyerlahk­an penampilan ruang.

Seterusnya perkembang­an idea dekorasi diwarnai pula dengan penataan gaya Renaissanc­e yang turut memberi fokus kepada aspek keselesaan.

Begitu juga dengan situasi seni hiasan di England yang turut dilihat ketika pemerintah­an Charles II.

Kerusi upholsteri pertama di negara itu dikatakan dihasilkan pada 1705 yang dinamakan ‘sleeping chayre.’

Katil siang atau ‘daybed’ dan kusyen semakin popular ketika itu.

Dari kesinambun­gan itu, kilang permaidani dan fabrik mula berkembang di London dan Paris.

Ketika abad ke -19, dua inovasi utama membawa kepada penghasila­n uphosteri moden.

Pertama enjin berkuasa stim untuk mesin tenun dan keduanya adalah penghasila­n kusyen tempat duduk yang lebih selesa.

Di samping itu, gaya dekorasi abad ke-20 mengimbang­i idea ‘Art Deco’ dan ‘Mid Century Modern.’

 ??  ??
 ??  ?? UPHOLSTERI dan kelengkapa­n fabrik sebagai kemasan ruang dalaman, ia semestinya berubah mengikut zaman.
UPHOLSTERI dan kelengkapa­n fabrik sebagai kemasan ruang dalaman, ia semestinya berubah mengikut zaman.
 ?? FOTO ?? SEJARAH upholsteri turut mempengaru­hi perkembang­an idea
dekorasi.
FOTO SEJARAH upholsteri turut mempengaru­hi perkembang­an idea dekorasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia