Harian Metro

Beri perhatian ketinggian siling

-

Salam deko kepada semua. Minggu ini saya sambung perbincang­an berkenaan siling kapur atau plaster siling yang kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Apatah lagi ia melengkapk­an pelbagai konsep dekorasi ruang.

Siling kapur adalah salah satu kemasan hiasan pada siling rumah untuk menjadikan kediaman kelihatan lebih menarik.

Ia berupaya menjadi titik tumpu apabila ditambah dengan teknik pencahayaa­n bervariasi termasuk penggunaan lampu jenis ‘downlight’ chandeliar, lampu gantung hiasan dan lampu lekap.

Perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian sebelum memasang siling kapur adalah ketinggian siling kediaman anda.

Di Malaysia rata-rata kediaman tampil dengan ketinggian siling yang berbeza-beza. Pangsapuri atau kondominiu­m lazimnya tampil dengan ketinggian 3 meter ke bawah. Sementara kediaman teres selalunya tampil dengan ketinggian siling kira-kira 3.7 meter ke bawah.

Pada pandangan saya kediaman yang hanya memiliki ketinggian siling di bawah 2.4 meter, pemasangan siling kapur bukanlah satu pilihan sesuai sebenarnya.

Ini kerana kehadiran siling kapur akan membuatkan kediaman anda tampil dengan ketinggian siling yang lebih rendah lagi selain nampak serba tidak kena.

Seterusnya untuk mengetahui tahap ketinggian siling kapur, anda boleh lihat sesendi siling atau disebut ‘beam’ rumah.

Seharusnya siling kapur dipasang pada bahagian bawah sesendi rumah. Ini bertujuan menutup sesendi rumah yang berselerak dan mungkin mengganggu pandangan mata.

Selepas siling kapur siap dipasang, proses kemasan pula harus juga diberi perhatian. Sejenis simen putih khas akan diratakan bagi menutup sambungan di antara siling.

Hasilnya membuatkan siling tampil kelihatan rata dan seragam.

Jika anda memilih untuk memasang ‘L-Box,’ ia juga mempunyai pelbagai pilihan.

Antara yang boleh anda terapkan adalah memasang L-box disertai dengan beberapa pendekatan seperti lampu ‘downlight’ dan lampu T5 pada bahagian dalam atau hanya dengan lampu ‘downlight’ atau hanya dengan lampu T5 saja.

Segalanya terserah pada pilihan anda. Kini sudah menjadi trend apabila pemasangan ‘L-Box’ disertai dengan penggunaan lampu LED yang boleh bertukartu­kar warna bagi menyuai padan mood lampu dengan sentuhan dekorasi anda.

Malah jika anda ingin menjimatka­n lagi kos, penggunaan lampu kalimantan­g biasa untuk lampu pada bahagian atas L-Box boleh digunakan.

Cuma ia memberikan impak yang sedikit kurang berkesan dalam sentuhan dekorasi.

Kebiasaann­ya kemasan akhir ‘L-Box’ pada kediaman diwarnakan putih dan sebahagian dari yang lain diindahkan dengan warna pilihan.

Kebanyakan restoran kini mewarna kemasan ‘L-Box’ atau siling kapur mereka dengan warna gelap seperti hitam.

Ia berdasarka­n alasan bahawa keadaan siling yang terlalu tinggi atau memilih warna hitam bagi mengaburi segala kekotoran dan sesawang.

 ??  ?? PILIHAN warna, rekaan dan jenis lampu pada siling kapur ini menambahka­n keunikan dekorasi bilik tidur.
PILIHAN warna, rekaan dan jenis lampu pada siling kapur ini menambahka­n keunikan dekorasi bilik tidur.
 ??  ?? PENGGUNAAN jenis lampu juga mempengaru­hi suasana dekorasi.
PENGGUNAAN jenis lampu juga mempengaru­hi suasana dekorasi.
 ??  ?? REKA bentuk siling turut mencipta kelainan pada ruang.
REKA bentuk siling turut mencipta kelainan pada ruang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia