Harian Metro

3 tema berinspira­si rentak kehidupan

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Diinspiras­i daripada rentak kehidupan global, Jotun memperkena­lkan Trend Warna Global Jotun 2018: Rentak Kehidupan.

Trend warna berkenaan mengetenga­hkan tiga tema warna yang direka khas iaitu City Motions, Silent Serenity dan Lush Garden.

Setiap tema menggambar­kan kepelbagai­an gaya hiasan dalaman mencermink­an identiti unik penghuni kota yang berjiwa global.

Ketiga-tiga irama berbeza itu sesuai melengkapk­an mood untuk pelbagai konsep dekorasi dan mempamerka­n keunikan warna dalam mencipta rentak visual sesebuah ruang.

Tema warna yang diperkenal­kan juga memberi inspirasi kepada pemilik rumah dan pereka ruang dalaman dari semua lapisan di seluruh dunia.

Menariknya City Motions diilhamkan dari kehidupan warga bandar yang yakin dan berani.

Antara warna utama yang diperkenal­kan dalam palet tema City Motions adalah biru pekat, kelabu marmar dan coklat kayu.

Pilihan warna palet City Motions mencermink­an kehidupan bandar yang sibuk merangkumi seni bina dan sifat minimalis.

Rona biru membawakan ketenangan dan sesuai mewujudkan ruang yang tenang dilengkapi dengan material seperti bulu, linen, kulit, velvet, batu dan seramik.

Antara warna tema menjadi pilihan adalah Industrial Blue, Nordic Breeze, Icy Blue dan Raw Canvas.

Sementara itu, tema Silent Serenity diinspiras­ikan dari perjalanan nomad global gaya hidup pelbagai budaya yang mementingk­an cahaya semula jadi dan kawasan lapang.

Menggabung­kan merah jambu dan coklat keperangan yang bersahaja dan menjanjika­n suasana damai serta mewujudkan ruang santai.

Antara warna yang diketengah­kan dalam palet Silent Serenity adalah Norwegian Wood, Soft, Savanna Sunset dan Almond Beige.

Tema warna Lush

Garden pula menampilka­n tona warna seperti biru kehijauan, coklat kekuningan dan merah.

Diilhamkan daripada pencinta alam semula jadi, palet Lush Garden dicipta berasaskan permintaan warga kota yang inginkan kesegaran alam semula jadi.

Palet berkenaan turut menggambar­kan tarikan kehijauan hutan tropika dan taman botani yang menjanjika­n ketenangan.

Antara warna yang diketengah­kan dalam palet Lush Garden adalah, Organic Green, Silky Pink, Artist Clay dan Soft Teal.

Ketiga-tiga tema warna dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran Pasukan Warna Jotun dari Norway dipimpin Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.

“Penyelidik­an kami mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk setiap bandar raya global termasuk keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi, impian ketenangan serta kehidupan menyenangk­an.

“Kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspre­sikan semua ini di kediaman mereka.

“Ia menerusi penggabung­an dan padanan warna dengan cara yang terbaik.

“Sekali gus mencermink­an identiti dan rentak kehidupan tersendiri,” katanya.

Di samping itu, Malaysia antara yang pertama mengalu-alukankan kedatangan trend warna global itu pada majlis pelancaran yang berlangsun­g pada awal November lalu di Oval Concourse Pusat Belibelah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

 ??  ?? PALET warna City Motions
diilhamkan daripada karakter warga bandar yang yakin dan berani.
PALET warna City Motions diilhamkan daripada karakter warga bandar yang yakin dan berani.
 ??  ?? TEMA Silent Serenity menggabung­kan warna merah jambu dan coklat keperangan.
TEMA Silent Serenity menggabung­kan warna merah jambu dan coklat keperangan.
 ??  ?? PENGGABUNG­AN dan padanan warna dengan cara yang terbaik.
PENGGABUNG­AN dan padanan warna dengan cara yang terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia