Harian Metro

T BUNGA

-

berani kerana memilih corak yang dulunya lebih sinonim dengan wanita.

Namun, sebelum menyarung helaian bermotifka­n bunga, penting untuk mengetahui padanan sesuai demi menyerlahk­an penampilan anda.

Untuk itu, Gen Y kongsikan lima padanan yang sesuai dengan pakai bermotifka­n bunga:

SELUAR DENIM

Ini pilihan paling mudah unt digayakan bersama baju-T ata kemeja bermotifka­n bunga.

Gaya ini sesuai dipakai keti bersantai atau ke acara kasual untuk kelihatan kemas, pilih s berbanding selipar.

Bagi nampak lebih bergaya sedikit baju di bahagian lengan

Pakaian bermotif bunga sesuai ke acara kasual, mudah disuai padan

SELUAR PENDEK

Mereka yang gemar bercuti di pantai boleh memilih pakaian bermotifka­n bunga untuk dipakai, contohnya kemeja ala Hawaii.

Untuk keselesaan anda, jadikan seluar pendek rona polos sebagai padanan dan pakai topi sebagai aksesori tambahan.

Kaca mata jangan dilupa kerana ia pelengkap gaya santai anda!

BLAZER

Jika blazer anda bermotifka­n bunga, pilih kemeja atau baju-T berona polos atau putih untuk dipakai di bahagian dalam.

Ia bagi menyeimban­gkan penampilan anda supaya tidak kelihatan serabut dan keterlalua­n.

Lagipun, corak bunga pada blazer itu sudah memadai untuk menjadi fokus utama pada penampilan anda.

PAKAIAN RONA PASTEL ATAU SENADA

Selain seluar denim, anda juga boleh memilih seluar berwarna pastel atau senada untuk digayakan bersama pakaian bermotifka­n bunga.

Rona seluar ini lebih lembut jadi ia tidak menenggela­mkan baju anda atau menjadikan imej anda kelihatan serabut.

Sebaliknya, ia menjadi penyelamat kepada penampilan anda!

KASUT

Tiada salahnya memakai pakaian dan kasut bermotifka­n bunga kerana ia akan menonjolka­n imej berbeza berbanding individu lain.

Namun, biarlah seluar yang dipakai berona polos dan lebih selamat jika memilih jenis khaki atau denim.

Padanan itu akan menjadikan penampilan anda nampak ringkas tetapi menarik!

 ??  ?? PADANAN baju motif bunga dan seluar pendek sesuai untuk gaya santai. RONA senada menyeimban­gkan penampilan pemakai.
PADANAN baju motif bunga dan seluar pendek sesuai untuk gaya santai. RONA senada menyeimban­gkan penampilan pemakai.
 ??  ?? BAJU motif bunga dan denim padanan sesuai untuk gaya kasual
BAJU motif bunga dan denim padanan sesuai untuk gaya kasual

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia