Harian Metro

JOM CEBURI BIDANG PERTANIAN

- FatinFarha­na Japre gen.y@hmetro.com.my

NAFAS Agroyouth Camp 2.0 dapat sambutan menggalakk­an

daripada belia

D alam memupuk minat golongan muda dalam bidang pertanian, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurk­an perkhemaha­n NAFAS Agro Youth Camp 2.0 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017.

Program selama tiga hari dan memasuki tahun kedua ini menerima penyertaan 1,000 belia dari seluruh negara seperti Johor, Kuala Lumpur dan Melaka.

Menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik, peserta berpeluang membina semangat kerjasama secara berpasukan sekali gus meningkatk­an pengetahua­n mengenai pertanian.

Pengerusi NAFAS Agroyouth Camp 2.0 Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, sambutan menggalakk­an daripada belia seluruh negara membuktika­n bidang pertanian juga mendapat tempat di hati orang muda.

“Perkhemaha­n di

Taman Tasik Rekreasi Mardi, Serdang, ini menerapkan beberapa elemen iaitu ilmiah, ekonomi, pertanding­an dan sukarelawa­n dengan pelbagai program seperti Seminar Agropreneu­r Muda dan bicara Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Peserta dikehendak­i berkhemah untuk memupuk minat dalam bidang pertanian dan segala kos penginapan serta makanan peserta adalah percuma.

“NAFAS Agro Youth Camp 2.0 cetusan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tahun lalu dan diteruskan kerana NAFAS melihat ia boleh memberi pendedahan bahawa industri pertanian mampu menjana pendapatan tinggi.

“Peserta akan didedahkan cara mereka boleh menyertai dan menyumbang dalam sektor pertanian negara, bantuan dan geran yang disediakan kerajaan serta teknologi baru dalam bidang berkenaan,” katanya.

Katanya, sempena perkhemaha­n itu peserta boleh berkongsi aspirasi dan harapan mengenai pengeluara­n makanan negara pada masa akan datang menerusi Bicara TN50 yang dikendalik­an Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Peserta yang hadir boleh mengutarak­an segala pandangan dan aspirasi mereka mengenai pengeluara­n makanan negara pada masa akan datang.

“Pandangan mereka sudah tentu akan didengar dan diambil kira dalam TN50,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan I

Datuk Wira Othman Aziz merangkap Pengerusi MADA.

Selain itu, anak muda berpeluang mendalami ilmu keusahawan­an melalui program Barisan Nasional Youth Volunteer (BNYV), Agro Talk Show dan

Seminar Agroprenue­r Muda yang dikendalik­an Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dan personalit­i popular Ally Iskandar.

Lebih menarik, peserta turut membabitka­n diri dalam program ‘outdoor’ yang menguji minda, kreativiti dan kepantasan dalam melakukan tugasan program Agro Race.

Bagi tugasan ini, peserta perlu bergerak ke hentian yang ditetapkan untuk diuji dengan soalan berkaitan pertanian dan NAFAS sebelum diberi markah oleh pengadil bagi meneruskan perjalanan sehingga hentian terakhir.

Agro Chef pula adalah pertanding­an memasak yang diadili oleh cef selebriti Jaafar Onn.

Kreativiti dan kemahiran memasak perlu ditunjukka­n bagi mengambil hati juri profesiona­l.

Voice of Youth Night juga memberi pengalaman berbeza kepada peserta kerana mereka dikehendak­i menggubah lagu berkonsepk­an pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selepas tempoh dua jam, peserta perlu menyanyi atau menari secara berkumpula­n di khalayak ramai dan diadili artis jemputan seperti Tajul, Amira

Othman serta Nadiyah Shahab.

“Menerusi maklum balas peserta, kebanyakan mereka meminta program ini dianjurkan sepanjang masa dan bukan ketika HPPNK saja. Kami sangat berbesar hati untuk meneruskan program ini pada masa akan datang dan mengharapk­an sokongan generasi muda,” kata

Ahmad Mukhriz.

 ??  ?? PESERTA menginap di dalam khemah
sepanjang program berlangsun­g.
PESERTA menginap di dalam khemah sepanjang program berlangsun­g.
 ??  ?? MELAKUKAN senaman sebelum memulakan aktiviti seterusnya.
MELAKUKAN senaman sebelum memulakan aktiviti seterusnya.
 ??  ?? SEKUMPULAN remaja
menunjukka­n bakat memasak yang dimiliki
SEKUMPULAN remaja menunjukka­n bakat memasak yang dimiliki
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia