Harian Metro

Cetusan cinta pandang pertama

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Industri fesyen dilihat semakin progresif dengan kelahiran ramai pereka berbakat bertaraf antarabang­sa, malah ada antaranya mampu menempa nama di persada yang lebih besar dan membawa nama Malaysia sebaris ikon fesyen terkenal dunia.

Veena Hijab & Couture mengorak selangkah ke hadapan dengan mengambil peluang mendapatka­n pendedahan di peringkat antarabang­sa menerusi koleksi bertemakan bunga dan renda sempena Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 (WFW 2017).

Tampil dengan rekaan sesuai untuk segenap lapisan masyarakat, pereka Veena Hijab & Couture, Veena

Azmi berkata, koleksi dihasilkan­nya sesuai untuk semua usia, budaya dan keturunan, sekali gus menyatukan masyarakat seluruh dunia menerusi fesyen.

Mengambil inspirasi daripada bunga, tema itu menurutnya berkaitan dengan perasaan cinta pandang pertama yang disematkan dalam rekaannya.

Meskipun masih setahun jagung dalam rekaan couture, Veena bijak mengambil peluang itu untuk menampilka­n kreativiti tersendiri dalam menghasilk­an rekaan mewah bersesuaia­n dengan pasaran antarabang­sa.

Katanya, koleksi couture didatangka­n hanya satu helaian untuk satu rekaan bagi memberi nilai eksklusif malah direka khusus untuk individu yang menempahny­a.

Veena berkata, rekaannya lebih bersifat universal dan boleh digayakan oleh sesiapa saja termasuk mereka yang berhijab kerana setiap rekaan boleh disesuaika­n mengikut cita rasa dan kreativiti masing-masing.

“Anda boleh gayakan dengan aksesori tambahan seperti jaket, legging, celana sendat atau pakaian tambahan bahagian dalam supaya ia menutup aurat dan sesuai dengan imej Muslimah.

“Dalam rekaan kali ini, saya tampilkan koleksi bertemakan flora dan renda termasuk rekaan yang dibuat daripada kain sari dan renda Perancis untuk memberi kelainan dan keunikan kepada pemakai,” katanya.

Meskipun pertunjuka­n fesyen itu menetapkan rekaan perlu berciri antarabang­sa, Veena bijak menampilka­n tiga model Muslimah dengan memadankan koleksi couture dan mengubah hiasan kepala sebagai aksesori kontempora­ri seperti turban dan lilitan selendang.

“Jadi tiada langsung kelihatan kelibat tudung dalam pertunjuka­n ini walaupun sebenarnya salah seorang model memakai selendang berwarna coklat muda yang saya lilitkan di belakang seperti sanggul.

“Manakala seorang lagi model dipakaikan tudung bawal organza biru yang dililit menjadi turban dan ditambah aksesori. Jadi, secara tidak langsung sebenarnya memberi ruang untuk saya menzahirka­n kreativiti tersendiri dan tidak menyekat karya meskipun terdapat kekangan dalam menampilka­n ciri Muslimah di persada antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, dia turut menghasilk­an rekaan istimewa iaitu cetakan corak bunga raya khusus sempena sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini digayakan model hamil sebagai ikon.

 ??  ??
 ??  ?? PERCUBAAN pertama Veena menempatka­n diri di persada antarabang­sa.
PERCUBAAN pertama Veena menempatka­n diri di persada antarabang­sa.
 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI flora dan renda dipentaska­n.
KOLEKSI flora dan renda dipentaska­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia