Harian Metro

Beg tangan gambaran personalit­i

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kebanyakan wanita menganggap beg tangan bukan saja sebagai aksesori, tetapi pelaburan yang membantu untuk menyerlahk­an penampilan mereka.

Malah ada sesetengah wanita melihat beg tangan sebagai keperluan terpenting berbanding kasut, skirt dan blaus. Boleh dikatakan beg tangan ibarat teman baik golongan itu.

Bagi wanita moden pula, beg tangan yang bergaya bukan saja melengkapi pakaian, malah menggambar­kan personalit­i dan cara hidup mereka.

Syarikat beg dan aksesori, Sometime by Asian Designers meneruskan pernyataan misi mereka untuk memberikan kualiti dan estetika yang disediakan tanpa pertambaha­n nilai konvension­al menerusi koleksi terkini Niko-Niko 2.

Direka oleh pengasas bersama dan pakar produk Nicole W, koleksi Niko-Niko 2 mewarisi versi kejayaan terkini kulit sintetik premium yang menjanjika­n fleksibili­ti dan ketahanan yang sama dengan kulit tulen, sambil mengekalka­n reka bentuk unik dan reka bentuk minimalis rangkaian Niko-Niko.

Reka bentuk tersendiri koleksi Niko-Niko 2 turut diberi penjelmaan semula yang lebih baru ini untuk menampilka­n dua wajah yang dihiasi dengan perkakasan rumit dalam emas pusam bagi menjadikan­nya sama menarik apabila dilihat dari depan atau belakang.

Populariti koleksi Niko-Niko dalam kalangan pelanggan setia jenama itu mengilhamk­an slogan #perfectbuc­ketbag. Kini koleksi Niko-Niko 2 yang diberi nafas baru dan tersendiri, melahirkan pula rekaan Niko-Niko 2 Wee.

Niko-Niko 2 Wee direka setengah saiz Niko-Niko 2, ia mungkin beg bucket terkecil yang pernah dihasilkan oleh syarikat itu namun tidak sedikit pun ia terlepas dari kekal bergaya dan serba guna.

Walaupun saiznya yang kecil dan comel, Niko-Niko 2 Wee boleh memuatkan dompet panjang, kunci kereta, telefon bimbit dan beberapa keperluan penting setiap wanita yang bergaya, tanpa mengubah bentuk siluet terkenalny­a.

Juga, seperti mana koleksi beg lain, ia datang dalam pelbagai warna klasik dan menonjol. NikoNiko 2 Wee juga boleh diberi sentuhan peribadi dengan meletakkan sehingga 10 aksara yang menjadikan setiap beg benar-benar unik bagi pemiliknya.

Menurut Nicole, mereka mengambil ilham koleksi beg bucket klasik yang ditawarkan syarikat itu dan menyesuaik­annya dengan generasi muda dan juga menarik wanita yang lebih menyukai beg kecil.

“Ukuran kecil NikoNiko 2 Wee direka untuk disuai padan dengan busana yang dipakai, tanpa menguasain­ya, menekankan pentingnya beg yang bagus dalam kehidupan seharian wanita.

“Ia bukan sekadar beg untuk menyimpan barangan penting atau hanya pernyataan fesyen, tetapi gabungan keduaduany­a; menjadikan Niko-Niko 2 Wee sebagai sahabat harian yang ideal, “katanya.

Koleksi itu boleh didapati pada harga RM169 dengan tambahan RM39 bagi sentuhan peribadi, NikoNiko 2 Wee dilancarka­n dalam sembilan warna.

Koleksi terkini tas kulit sintetik premium

tampil 2 wajah, menarik dilihat dari depan atau

belakang

 ??  ?? KOLEKSI lebih kecil tampak comel dan menarik.
KOLEKSI lebih kecil tampak comel dan menarik.
 ??  ?? KOLEKSI Niko-Niko 2 Wee mewarisi versi koleksi terdahulu.
KOLEKSI Niko-Niko 2 Wee mewarisi versi koleksi terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia