Harian Metro

Suai Padan sendiri jam tangan ikut kreativiti

-

Jam tangan bukan sekadar memberi tahu waktu tetapi ia satu kemestian baik wanita mahupun lelaki sebagai pelengkap gaya dan penampilan setiap hari.

Tidak hairanlah pembuat jam tangan kini semakin kreatif dan inovatif agar pemakaian aksesori itu bukan saja sebagai keperluan, malah dapat memberi keyakinan kepada si pemakai. Jam tangan juga melambangk­an personalit­i si pemakainya dengan direka khusus untuk menggambar­kan diri mereka.

Namun, pasti lebih menarik jika setiap orang dapat memadankan sendiri struktur jam tangan yang diinginkan malah menjadikan­nya koleksi menggambar­kan diri sebenar pemakai.

Kini, impian untuk memberi sentuhan kreativiti dan personalit­i tersendiri pada jam tangan bukan lagi mimpi apabila Swatch memberi keseronoka­n untuk memilih sendiri warna dan karakter jam tangan yang ingin dibeli.

Selama lebih 34 tahun, Swatch sudah menghasilk­an antara jam tangan yang paling inovatif di dunia dan kini tiba giliran pelanggan memainkan peranan untuk menyerlahk­an kreativiti menerusi siri Swatch X You.

Pelanggan boleh memilih rekaan jam tangan mereka sendiri melalui lima langkah mudah sama ada secara dalam talian atau di kedai dengan memilih kepala jam, tali, gelung dan pin yang diinginkan atau dirancang sebelum ini, menjadikan proses membuat jam tangan begitu mudah.

Langkah pertama, pelanggan boleh memilih saiz jam tangan (Gent atau New Gent), diikuti kepala jam tangan. Seterusnya, pilih kedua-dua bahagian tali silikon daripada hijau pudina hinggalah jalur merah yang menyerlah, banyak warna yang boleh cuba disuai padan mengikut selera masing-masing.

Kemudian, selesaikan rupa jam tangan yang unik dengan gelung, menambah pin atau gelung tambahan. Malah pelanggan boleh menambah beberapa imej comel dan menarik hati termasuk kek hari jadi, bentuk hati dan cincin perkahwina­n merangkumi semua acara menyeronok­kan dalam kehidupan sempurna, menjadikan Swatch X You sebagai hadiah peribadi yang terbaik dan sempurna.

Melalui langkah mudah, dengan hanya menanda #swatchXme di media sosial, pereka baru dapat melancarka­n ciptaan mereka di seluruh dunia.

 ??  ?? KOLEKSI yang memberi keterujaan peminat jam tangan.
KOLEKSI yang memberi keterujaan peminat jam tangan.
 ??  ?? PELBAGAI rekaan boleh dipilih dan disuai padan.
PELBAGAI rekaan boleh dipilih dan disuai padan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia