Harian Metro

KEMBARA KIULU

Program kali ke-3 sasar 600 sertai pelbagai cabaran aktiviti

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Seramai 600 peserta dijangka menyertai Cabaran Pengembara­an Kiulu (KAC) kali ketiga pada 3 Disember ini.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, setakat ini, penganjur menerima 450 penyertaan yang berdaftar dan masih ada 150 kekosongan untuk diisi.

“Cabaran Pengembara­an Kiulu kali ini termasuk acara larian sejauh 13 kilometer (km) dan berbasikal sejauh 30km di sepanjang laluan berbukit melintasi kampung dan jambatan gantung.

“Pengembara­an ini membabitka­n aktiviti white water

rafting dengan melalui beberapa jeram di sepanjang Sungai Kiulu dan ia aktiviti yang mencabar kali ini,” katanya pada sidang media di bangunan Lembaga Pelanconga­n Negeri Sabah, kelmarin.

Beliau berkata, perlepasan acara larian dan berbasikal diadakan di Rumah Tradisi Kiulu seawal jam 6.30 pagi membabitka­n laluan di Kampung Ranap, Poturidong, Gamut, Ranau-Ranau dan Nolitang.

“Acara larian dan berbasikal terbuka kepada lelaki dan wanita serta veteran berusia lebih 45 tahun.

“Bagi kategori cabaran berpasukan, mesti terdiri daripada empat orang dan sekurang-kurangnya seorang ahli adalah wanita atau lelaki veteran bagi menyelesai­kan tiga cabaran itu,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dijemput menyertai aktiviti riadah termasuk Fun Run sejauh lima kilometer, acara

Leisure Rafting serta Karnival Kiulu mini diadakan di pekan Kiulu.

“Orang ramai berpeluang menikmati jualan makanan tradisi dan kraftangan, pertanding­an menangkap itik, lukisan batu, boling kelapa dan pertanding­an tug-perang sepanjang dua hari program berlangsun­g.

“Ia anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (Motac), Lembaga Pelanconga­n Sabah serta Persatuan Pelanconga­n Kiulu (KTA),” katanya.

Katanya, tarikh pendaftara­n dibuka hingga 25 November bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membuat pendaftara­n. Orang ramai yang berminat boleh menghantar pendaftara­n di pejabat KTA di Tamparuli Point, Chanteek Borneo di Tamparuli, KLK Ponohuon Lodge di Kiulu atau pejabat Riverbug di Wisma Sabah, Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? JONISTON (tiga dari kanan) bersama pelaksana cabaran Kiulu 2017 selepas sidang media Pengembara­an Kiulu kali ketiga di Lembaga Pelanconga­n Sabah, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.
JONISTON (tiga dari kanan) bersama pelaksana cabaran Kiulu 2017 selepas sidang media Pengembara­an Kiulu kali ketiga di Lembaga Pelanconga­n Sabah, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia