Harian Metro

RAMPAS 10,783 BALAK

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Kuching: Pelaksanaa­n program pelepasan benih ikan dan udang di sungai negeri ini akan diperkasak­an melalui kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).

Menteri Muda Pertanian negeri Dr Abdul Rahman Ismail berkata, program itu sudah pun dilaksanak­an di 21 lokasi sungai di seluruh negeri dan akan diperluask­an lagi.

Menurutnya, sehingga Jun lalu, sebanyak 636,000 benih ikan sudah dilepaskan, manakala pelepasan benih udang dilaksanak­an di Sungai Sematan, Lundu.

Katanya, selain pelepasan benih ikan dan udang itu, kerajaan negeri turut komited dengan pelaksanaa­n projek Sistem Tagang (pemelihara­an ikan secara liar) di Sungai Serin, Kampung Sira di Padawan, Sunbang Babang di Saratok dan Sungai Balingian di Mukah.

“Bagi pelepasan benih ikan, ia membabitka­n ikan siakap, lampan jawa, tengkadak, baung dan empurau, manakala benih udang dilepaskan ialah udang galak.

“Spesies ikan dan udang air tawar ini dipilih kerana ia tidak merosakkan persekitar­an dan ekosistem sungai,” katanya ketika Persidanga­n Kedua Dewan Undangan epanjang Januari sehingga Oktober lalu,

negeri berjaya merampas sebanyak 10,783 balak yang dipercayai ditebang secara haram di Sarawak dengan nilai royalti sebanyak RM676,345. Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar negeri Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk menangani dan memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dihentikan di negeri ini secara tuntas.

Menurutnya, bagi merealisas­ikan hasrat itu, kerajaan negeri menjalanka­n operasi bersepadu bersama dengan agensi penguatkua­saan seperti Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan polis bagi memastikan pembalakan haram itu dapat dibendung sepenuhnya.

“Kerajaan negeri juga menubuhkan 48 Pusat Pemeriksaa­n Setempat (OSCC) di kawasan pembalakan untuk memantau pengeluara­n dan pergerakan balak serta menguatkua­sakan Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

“Tinjauan secara kerap dari udara dengan menggunaka­n teknologi terkini seperti

Kerajaan negeri komited tangani pembalakan haram

penggunaan dron, Sistem Hyperspect­ral dan Sistem Taktikal Udara Bersepadu (CATS) turut dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai Kiong mengenai tindakan kerajaan negeri menangani aktiviti pembalakan haram di negeri ini dalam sesi soal jawab Persidanga­n Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Len berkata, sejumlah 528 operasi penguatkua­saan sudah dijalankan di seluruh Sarawak dan daripada jumlah itu 40 kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (kanan) bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin pada Mesyuarat Ke-2 Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan, Negeri Petra Jaya.
DR Abdul Rahman (kanan) bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin pada Mesyuarat Ke-2 Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan, Negeri Petra Jaya.
 ??  ?? LEN
LEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia