Harian Metro

Hilang kawalan rempuh pokok

-

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Stutong di sini, kelmarin.

Kemalangan jam 11.05 malam itu mengakibat­kan Heng Wee Chiat, 29, yang memandu Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.13 malam berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba menemui kenderaan mangsa dalam keadaan remuk teruk di bahagian hadapan akibat rempuhan itu, manakala mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kami meminta bantuan BBP Batu Lintang untuk mengalihka­n kenderaan dan operasi menyelamat mangsa,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.
PASUKAN bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia