Harian Metro

JASON LO DITAHAN CUBA LERAI GADUH

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo mengakui individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Dubai pada 8 September lalu adalah dirinya.

Namun, Jason menafikan dia ditahan kerana penemuan dadah dalam bagasinya malah khabar angin mengatakan terbabit dalam beberapa siri jenayah lain juga adalah tidak benar.

Beliau berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan membabitka­n rakannya bergaduh dengan seorang lelaki yang sebenarnya adalah pegawai polis berpakaian preman.

“Saya mendarat di Dubai. Di lapangan terbang, kawan saya cuba memberhent­ikan pergaduhan. Dia dipukul menyebabka­n saya berdepan lelaki itu yang sebenarnya seorang anggota polis.

“Saya dihantar ke lokap dan lelaki ini pula berminggu-minggu menangguhk­an kenyataann­ya. Ia teruk. Tidak seteruk semua khabar angin yang saya dipenjarak­an atas pelbagai sebab lain,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Selain itu, beliau mengakui ke Amsterdam, Belanda seterusnya berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ditahan pihak berkuasa negara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomuni­kasi Malaysia ditahan di Dubai pada September lalu bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan dan bukannya membabitka­n dadah.

Beliau berkata, pergaduhan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Dubai itu membabitka­n rakannya, tetapi akhirnya CEO itu ditahan pihak berkuasa Dubai.

“Sekarang, kami tunggu maklumat lengkap daripada pihak berkuasa Dubai dan kami sedang menyiasat kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra memaklumka­n pihaknya hanya dimaklumka­n berkaitan penahanan warga Malaysia jika mendapat persetujua­n daripada negara terbabit.

“Negara luar mempunyai kuasa menentukan jika mahu memaklumka­n penahanan warga tempatan atau sebaliknya dan oleh sebab itu tidak semua individu yang ditahan diketahui Wisma Putra,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang CEO syarikat telekomuni­kasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Dubai, UEA.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia