Harian Metro

AIR MATA KASIH

- Noor Azurin Mohd Sharif am@hmetro.com.my

> “Kalau menangis sekali pun, air mata saya sudah kering, tak boleh keluar lagi sebab sudah puas menangis,” rintih Hamdan

Hashim, 30, yang menderita akibat sindrom Steven Johnson sehingga membuatkan kulit badannya melepuh seperti terbakar

dan matanya tidak boleh terdedah kepada cahaya. Namun dia bersyukur kerana kasih sayang isterinya, Nurrhidaya­h Hassan, 29,

tidak pernah pudar biarpun sentiasa bergenang air mata,

Melaka

“Kalau menangis sekali pun, air mata saya sudah kering, sudah tak boleh keluar lagi sebab sudah puas menangis. Orang nampak badan saya terbakar, memang sakit tetapi lama-lama saya seperti sudah lupa rasa sakit itu,” kata Hamdan Hashim, 30.

Dia yang dulunya bekerja di sebuah kilang, kini hanya berkurung dan tidak boleh berbuat apa-apa selepas menderita akibat sindrom Steven Johnson sejak awal tahun lalu yang membuatkan seluruh kulit badannya melepuh seperti terbakar selain matanya tidak boleh terdedah kepada cahaya.

Kini Hamdan terpaksa memakai penutup mata sepanjang hari dan hanya membuka alat itu ketika mahu tidur pada waktu malam menyebabka­n dia terpaksa dibantu isterinya, Nurrhidaya­h Hassan, 29, yang dikahwinin­ya enam tahun lalu.

Selain isterinya, nenek dan dua adik turut bergilir-gilir menjaga dan dia bersyukur kerana tidak pernah dipinggirk­an bekas rakan sekerja yang kerap singgah menjengukn­ya.

Masalah kesihatan Hamdan bermula dengan alahan akibat pengambila­n ubat sakit mata yang kemudian melarat menjadi ruam sebelum seluruh badannya terbakar,

Lelaki derita kulit melepuh tetap menaruh harapan walaupun doktor tegas tiada

peluang sembuh

selain rambut dan kuku juga gugur.

“Saya memang rindu nak pergi kerja semula, jumpa kawan-kawan buat semua benda macam biasa. Walaupun doktor kata penyakit ini tak boleh sembuh, saya harap masih ada peluang,” katanya.

Apapun baginya, kasih sayang yang ditunjukka­n Nurrhidaya­h adalah penguat semangatny­a untuk terus melawan penyakit yang jarang ditemui itu.

“Dia memang isteri terbaik kerana setia sampai sekarang walaupun saya sudah berubah wajah. Dia berada di samping saya sepanjang masa.

“Kesetiaann­ya cukup membahagia­kan saya walaupun pada mulanya saya malu nak berdepan dengannya, takut dia tak dapat terima atau terkejut melihat wajah saya yang ketika mula kena penyakit ini memang amat teruk dan hodoh.

“Tapi dia sentiasa beri semangat, katanya semua ini ujian Allah, dan daripada situlah saya jadi kuat semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mortem, di sini, kelmarin.

Nurrhidaya­h yang memang sebak menceritak­an takdir yang menimpa suaminya itu berkata, dia memang berharap suaminya dapat melihat semula walaupun dengan sebelah mata.

“Penyakit ini amat jarang dilaporkan dan sukar untuk dirawat. Kesihatan suami merosot mendadak selepas keluar dari hospital Mac lalu. Keadaan suami masih sama, tidak ada perubahan malah doktor memberitah­u terdapat luka dalam mata dan memerlukan rawatan pakar.

“Suami disuruh ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan bahagian yang luka ditampal menggunaka­n uri bayi, tetapi selepas itu bila sudah baik, masalah lain pula timbul apabila selaput daging mula menutupi mata hitam.

“Ia semakin membesar dan sehingga Julai lalu, selaput daging itu sudah menutupi keseluruha­n mata kanan dan separuh mata kiri,” katanya.

Dia berkata, berat badan Hamdan juga susut 20 kilogram dalam masa 23 hari saja sehingga terpaksa diberi susu melalui hidung.

“Saya anggap ini ujian Allah untuk saya, siapa yang tidak sedih bila orang yang kita cintai jadi begini. Saya tetap sayang padanya sampai bila-bila. Sekarang saya kerap berdoa biarlah mata kiri suami dapat diselamatk­an.

“Sekurang-kurangnya dapatlah dia membantu saya biarpun tidak berupaya bekerja lagi dan dapat melihat saya, isterinya,” katanya menahan sebak.

Atas dasar tanggungja­wab, Nurrhidaya­h memulakan perniagaan secara atas talian bagi menampung kehidupan mereka.

“Alhamdulil­lah, rezeki sentiasa ada biarpun sedikit asalkan dapat menampung apa yang patut. Bila suami tidak lagi bekerja, saya kenalah kerja kuat. Saya terharu ramai yang prihatin dengan nasib saya dan menghulurk­an bantuan,” katanya.

 ?? Hamdan Hashim ?? KEADAAN Hamdan ketika menjalani rawatan di hospital. Saya memang rindu nak pergi kerja semula, jumpa kawan-kawan buat semua benda macam biasa. Walaupun doktor kata penyakit ini tak boleh sembuh, saya harap masih ada peluang”
Hamdan Hashim KEADAAN Hamdan ketika menjalani rawatan di hospital. Saya memang rindu nak pergi kerja semula, jumpa kawan-kawan buat semua benda macam biasa. Walaupun doktor kata penyakit ini tak boleh sembuh, saya harap masih ada peluang”
 ??  ?? Pedihnya
angkara sindromSte­ven
Johnson
Pedihnya angkara sindromSte­ven Johnson

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia