Harian Metro

HIPPIE TAK MATI

Festival muzik di Gunung Rhodope baru-baru ini bukti ramai anak muda gilakan konsep ini

- Shuhada Mansor gen.y.@hmetro.com.my

Tidak banyak acara muzik membabitka­n geng ‘hippie’ di negara kita. Walaupun kelompok ini asalnya wujud pada era 60-an, pengikutny­a masih ada hingga ke hari ini. Bahkan ramai remaja meminati gaya santai hippie terutama dalam cara berpakaian seharian.

Festival muzik yang mengumpulk­an peminat hippie seluruh Eropah diadakan di Gunung Rhodope, Bulgaria barubaru ini, membuktika­n ramai anak muda gilakan konsep ini.

Dari segi pakaian, pemilihan muzik, lokasi acara, dekorasi tempat cukup melambangk­an komuniti itu tidak akan mati.

Meskipun lokasi kecil di puncak gunung dengan cuma disediakan tempat berkhemah untuk tidur, peminat yang datang lebih 1,000 orang dari serata Eropah.

GAYA DIY DAN SANTAI

Acara tiga hari itu dibanjiri dengan remaja bergaya hippie. Ada antara mereka sememangny­a menjalani kehidupan cara ‘hidup mati hippie’ dan ada juga cuma sukakan penampilan.

Gaya hippie lebih santai dengan kebanyakan aksesori adalah hasil kerja tangan sendiri.

Daripada baju bercorak ‘tie-dye’ dengan warna tua bersaiz besar hinggalah dilengkapk­an aksesori daripada batu alam, cangkerang, manik atau benang berwarna-warni.

Ada antara lelaki selamba menggayaka­n ‘legging’ warna-warni dipadankan dengan baju warna terang. Hiasan di kepala antara elemen yang tidak dilupakan, ada juga diselit bunga.

CINTAKAN ALAM

Kebanyakan remaja yang memilih hippie sebagai konsep hidup lebih menghargai alam.

Sebagai contoh, mereka sanggup berjalan dari satu lokasi ke lokasi seterusnya daripada menaiki kenderaan. Difahamkan, untuk menjaga alam sekitar.

Ada antara mereka hidup dengan kelengkapa­n asas. Tiada tong gas namun menggunaka­n kayu api untuk memasak. Lebih natural.

Tiga hari berkongsi idea dan aura dengan dikeliling­i peminat hippie membuatkan penulis sedar, banyak kelompok unik dalam kalangan remaja kita, apatah lagi seluruh dunia. Semua mempunyai prinsip sendiri dan yang pasti apa pun pegangan perlu di landasan yang betul.

 ??  ?? SEKUMPULAN gadis menggayaka­n pakaian warna-warni konsep hippie.
SEKUMPULAN gadis menggayaka­n pakaian warna-warni konsep hippie.
 ??  ?? TEMPAT penginapan.
TEMPAT penginapan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN gerai jualan diperbuat daripada kayu.
SEBAHAGIAN gerai jualan diperbuat daripada kayu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia