Harian Metro

Sendiri cari ‘sakit’

-

Sri Aman: Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki patah paha kanannya selepas kenderaan dipandu bertembung lori dekat San Raba di Jalan Sri Aman-Betong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu lelaki berusia 20-an itu bertembung lori terbabit dari arah bertentang­an berdekatan Simpang Batu Lintang di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.24 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerah ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba ke lokasi kemalangan, mangsa ditemui tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kenderaann­ya.

“Mangsa dikeluarka­n dengan menggunaka­n peralatan khas dan operasi selesai pada jam 10.50 malam.

“Kemalangan itu menyebabka­n mangsa patah paha kanan, selain turut cedera di muka. Mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kemalangan berlaku, namun kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Ketika kemalangan berlaku, mangsa juga tidak membawa pengenalan diri, bagaimanap­un mangsa mengakui berasal dari Kampung Lepong Simpai di sini.

“Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu pula tidak cedera,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan.
KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia