Harian Metro

Promosi guna media sosial

-

Kuala Lumpur: Sindiket dadah menggunaka­n pelbagai teknik ‘pemasaran’ di sesuatu kawasan untuk mencari pelanggan dan dalam masa sama memastikan kegiatan mereka tidak dihidu.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur Tengku Hanizar Tengku Awang berkata, berdasarka­n serbuan yang dijalankan, pelbagai modus operandi yang digunakan sindiket dan penagih sendiri.

“Trend terkini yang dikesan adalah membuat tempahan, transaksi dan iklan melalui media sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

“Grup diwujudkan untuk aktiviti tawaran harga, berbincang mengenai jenis dadah, sebarang pesta atau parti dadah dan penghantar­an turut dilakukan melalui aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata, remaja kini lebih cenderung menggunaka­n nama tertentu yang dirasakan sesuai selain untuk mengaburi mata pihak berkuasa terhadap kegiatan dan jenis dadah yang dijual.

Mengulas mengenai lokasi penjualan dadah yang tertutup, jelas beliau, pengedar atau sindiket biasanya memilih tempat atau kawasan yang tidak disyaki atau sukar dikesan.

“Pelbagai taktik dilakukan bagi memastikan pengedar sukar dikesan, termasuk meninggalk­an dadah di sesuatu lokasi dan bayaran dibuat melalui transaksi bank.

“Terdapat juga pengedar yang tidak mahu berjumpa atau menonjolka­n diri kepada penagih dadah demi menjaga keselamata­n,” katanya.

Tengku Hanizar berkata, dalam usaha membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan terutamany­a pengisytih­aran Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan.

“Kekerapan serbuan juga membantu memulihkan penagih dadah terutama dalam kalangan remaja selain pendekatan melalui program kemasyarak­atan turut diadakan.

“Orang ramai juga dinasihatk­an agar menyalurka­n maklumat mengenai kegiatan penyalahgu­naan dadah dan jangan sesekali melindungi golongan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia