Harian Metro

AHH...TOLAK ...TOLAK

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 10 penunggang motosikal ‘ponteng’ solat Jumaat untuk berlumba di lebuh raya ditahan

Tindakan lapan pelajar berusia 14 hingga 15 tahun menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ketika umat Islam mengerjaka­n solat Jumaat mengundang padah apabila ditahan dalam Op Mat Rempit Samseng Jalanan di Kilometer 19, Susur keluar Arau, Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, kelmarin.

Mereka antara 10 ditahan selepas polis memeriksa 50 motosikal dalam operasi bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang di mana penunggang motosikal terbabit turut diarahkan menolak motosikal mereka sejauh 1.7 kilometer (km) ke Balai Polis Arau.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis Deputi Superinten­dan Rusli Yahaya berkata, penahanan lapan pelajar terbabit bersama dua lagi berusia 19 dan 20 tahun susulan operasi dijalankan itu.

“Dalam operasi semalam (kelmarin) kita menahan 50 motosikal dan meminta mereka menolak motosikal sejauh 1.7 kilometer sehingga ke Balai Polis Arau untuk membuat pemeriksaa­n.

“Daripada 50 penunggang motosikal yang diperiksa lapan daripadany­a tidak mempunyai lesen memandu malah turut ponteng solat Jumaat semata-mata untuk berlumba di lebuh raya berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Rusli, ketika disoal siasat mereka mengaku sengaja memilih waktu solat Jumaat untuk berlumba memandangk­an ketika itu lebuh raya sunyi daripada kenderaan.

 ??  ??
 ??  ?? REMAJA yang ditahan kerana menunggang secara melulu di KM 19, susur keluar Arau, Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun menolak motosikal ke Balai Polis Arau.
REMAJA yang ditahan kerana menunggang secara melulu di KM 19, susur keluar Arau, Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun menolak motosikal ke Balai Polis Arau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia