Harian Metro

200 keluarga terjejas

-

Dengkil: Kira-kira 200 keluarga di sini terjejas akibat banjir susulan paras air Sungai Langat meningkat hampir satu meter selepas hujan lebat di daerah Hulu Langat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Taman Baiduri, Taman Permata, Taman Kristal, Taman Putra Kondo serta Kampung Cemperai dan Kampung Revolusi Hijau.

“Banjir ini susulan hujan lebat di Hulu Langat semalam (kelmarin) dan ini menyebabka­n air Sungai Langat tinggi dan ia mengalir turun di Dengkil.

“Justeru, Dewan Orang Ramai Dengkil dibuka bagi pusat pemindahan mangsa dan pada masa ini, kelihatan air surut cuma kita khuatir hujan lagi di daerah Hulu Langat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tinjauan Metro Ahad di pusat pemindahan mendapati, setakat ini hanya dua keluarga dari Kampung Cemperai ditempatka­n di Dewan Orang Ramai Dengkil.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Zon Timah Langat Lee Kan Ming berkata, air naik sekitar jam 5.30 pagi dan pada masa ini, keadaan adalah terkawal malah semua pihak yang berkenaan bersiap sedia untuk memindahka­n mangsa sekiranya berlaku hujan di daerah Hulu Langat.

“Kita minta penduduk yang kediamanny­a dinaiki air supaya menghadirk­an diri ke pusat pemindahan disediakan bagi mendapatka­n bantuan.

“Buat masa ini, hanya satu pusat pemindahan dibuka dan jika paras air sungai naik manakala jumlah mangsa bertambah, kita akan buka satu lagi pusat pemindahan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Sella Darusman, 47, berkata, dia dan suami Muhammad Alwi, 67, serta tiga anak datang ke pusat pemindahan itu jam 11 pagi semalam selepas rumah mereka dinaiki air.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba bertugas di Taman Baiduri dan sekitar Dengkil yang terjejas akibat hujan lebat.
ANGGOTA bomba bertugas di Taman Baiduri dan sekitar Dengkil yang terjejas akibat hujan lebat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia