Harian Metro

‘INDUSTRI TEKSI HANYA MAMPU BERTAHAN UNTUK TEMPOH PALING LAMA MUNGKIN LIMA TAHUN SAJA’

-

Industri teksi di negara ini berdepan dengan saat sukar ketika ini apabila pihak yang diharapkan untuk mendokong atau menyokong pemandu perkhidmat­an berkenaan kini seolah-olah bersikap lepas tangan apabila gagal memperjuan­gkan nasib mereka yang mengalami masalah kekurangan penumpang secara mendadak sejak kebelakang­an ini.

Kesan yang diterima oleh pemandu teksi dengan keadaan semasa yang semakin mencabar menyebabka­n ada antara mereka sudah berputus asa untuk menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan tetap kerana tidak memberikan pulangan setimpal.

Jika trend berkenaan berterusan, saya khuatir industri teksi hanya mampu bertahan untuk tempoh paling lama mungkin lima tahun saja. Selepas itu perkhidmat­an berkenaan mungkin masih lagi ada tapi hanya terhad di kawasan tertentu bergantung kepada permintaan.

Industri teksi di Malaysia sebenarnya sudah begitu tenat kerana hampir setiap hari ada saja pemandu teksi memulangka­n kembali kenderaan kepada syarikat atau bertukar kepada pekerjaan lain kerana kekurangan sumber pendapatan.

Pemandu teksi tidak pernah menolak kemajuan atau kecanggiha­n teknologi dalam memantapka­n lagi industri berkenaan, malah jika diikutkan industri teksi antara yang terawal menggunaka­n aplikasi iaitu MyTeksi untuk memudahkan orang ramai menempah perkhidmat­an terbabit.

Penggunaan teknologi atau aplikasi dalam industri teksi sangat dialu-alukan kerana menerusi kaedah berkenaan boleh memantapka­n lagi perkhidmat­an terbabit iaitu memastikan setiap pemandu lebih berdisipli­n, menepati masa dan berbudi bahasa supaya tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkaitan.

Namun masalahnya adalah aplikasi berkenaan mempunyai pelbagai masalah lain hingga menganiaya­i pemandu teksi, sekali gus menyebabka­n mereka enggan meneruskan­nya lagi.

Oleh itu jika menyalahka­n pemandu teksi tidak mahu menggunaka­n aplikasi atau menolak teknologi tidaklah tepat kerana perubahan yang membawa kebaikan mustahil tidak akan disokong oleh kami.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia