Harian Metro

‘Biarlah ia menjadi pengajaran’

-

Sekinchan: “Ketika pertama kali menjejakka­n kaki di kampung adik (Nurul Farhana), hati saya pilu melihat suasana kampung itu.

“Lebih memilukan, berat adik yang dulunya 79 kilogram susut sehingga 59 kilogram akibat kekurangan zat makanan dan dia beritahu selalu makan sekali sehari saja,” kata Mohd Rafi Ahmad, 28, abang kepada Nurul Farhana.

Akhbar ini pada 20

Oktober lalu melaporkan Nurul Farhana, 25, yang menghilang­kan diri ke Medan, Indonesia dibawa pulang selepas hampir dua tahun menetap di sana.

Mohd Rafi berkata, dia berkongsi saat mengambil Nurul Farhana yang ketika itu di bawah jagaan keluarga suaminya bersama Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

“Dua hari sebelum memulakan perjalanan bersama beliau (Budiman), hati saya menyatakan antara yakin dengan tidak untuk meneruskan usaha ini.

“Selepas adik memberitah­u lokasinya yang jauh dari bandar utama, ketika itulah saya nekad tidak berpatah balik ke tanah air selagi adik tidak pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Mohd Rafi berkata, perjalanan yang mengambil masa 10 jam dari Medan ke Batu Bara bukan saja meletihkan malah turut mencabar emosi.

“Ketika saya dan Budiman tiba di kampung itu (Batu Bara), kami berdiploma­si bagi memujuk keluarga suami adik supaya membenarka­n kami membawanya pulang.

“Pada mulanya, mereka (keluarga) berat hati untuk melepaskan adik terutama ibu saudaranya yang begitu rapat dengan adik. Namun, selepas melihat MyKad saya, barulah mereka mengetahui itu adik kandung saya yang tidak pernah berjumpa selama dua tahun,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga berterima kasih kepada Budiman yang tidak jemu membantu dalam usaha membawa pulang Nurul Farhana.

“Beliau (Budiman) sanggup menunggu saya di Konsulat Malaysia dan imigresen dari pagi hingga petang sebelum bertolak ke Batu Bara bagi menyiapkan segala dokumen berkaitan,” katanya.

Sementara itu, ibu Nurul Farhana, Normah Yusof, 51, turut berkongsi cerita detik kepulangan anak keempat dari lima beradik itu di rumahnya di Parit Tujuh, Sungai Leman, di sini.

“Ketika sampai di rumah, adik terus menjadi pendiam serta enggan mendekati orang kampung serta sahabat handai yang dulu rapat.

“Ia mengambil masa dua hingga tiga hari untuk adik mengenali semula orang sekeliling dan saya bersyukur perubahan itu berlaku dengan pantas,” katanya.

Menurut Normah, Nurul Farhana turut menyatakan hasrat untuk bekerja semula di tempat lama di sebuah kilang tidak jauh dari rumah mereka.

“Saya tidak menghalang­nya untuk bekerja semula. Namun, saya meminta supaya abangnya (Mohd Rafi) menghantar adik pergi dan balik kerja supaya kejadian lama tidak berulang.

“Kami sekeluarga turut menasihati adik agar tidak melakukan perbuatan itu untuk kali kedua dan biarlah ia menjadi pengajaran untuk dirinya,” katanya.

 ??  ?? Wanita lari bersama kekasih ke Indonesia kongsi
kisah melarat hingga kehilangan
bapa, abang FARHANA menatap gambar ayahnya sebagai pengubat rindu.
Wanita lari bersama kekasih ke Indonesia kongsi kisah melarat hingga kehilangan bapa, abang FARHANA menatap gambar ayahnya sebagai pengubat rindu.
 ??  ?? FARHANA (kiri) dan ibunya menziarahi kubur ayah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Leman.
FARHANA (kiri) dan ibunya menziarahi kubur ayah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Leman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia