Harian Metro

Lelaki rogol jiran satu rumah panjang ditahan polis

-

Julau: Seorang lelaki bakal meringkuk di dalam tirai besi selepas tidak dapat mengawal nafsu serakahnya apabila menodai jiran sendiri ditahan polis di Pakan, di sini, Khamis lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis jam 10 malam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau, dua jam selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 31 tahun pada hari sama.

Episod hitam mangsa bermula selepas lelaki yang tinggal di rumah panjang sama merogolnya di dalam pondok di kebun tidak jauh dari kediamanny­a, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superinten­dan Bidol Noyeng berkata, suspek dan mangsa tinggal berjiran di rumah panjang sama namun tidak mempunyai hubungan istimewa.

Menurutnya, mangsa dirogol suspek di dalam pondok berkenaan tanpa kerelaan sebelum mengarahka­n mangsa tidak membocorka­n rahsia itu daripada pengetahua­n sesiapa.

“Mangsa yang pulang ke rumah panjang dalam keadaan ketakutan nekad membuat laporan polis hari berikutnya kerana bimbang suspek mengulangi perbuatan terkutukny­a.

“Bertindak atas laporan diterima daripada mangsa, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya sebelum dibawa ke IPD Julau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut dan mangsa diarahkan ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia