Harian Metro

GAJI RM100,000 HANGUS

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Enam rumah kongsi didiami 112 pekerja warga asing musnah dalam kebakaran

Bukan saja tinggal sehelai sepinggang malah 112 pekerja warga asing turut berputih mata apabila wang gaji berjumlah lebih RM100,000 hangus selepas enam rumah kongsi dihuni mereka musnah dalam kebakaran berhampira­n Masjid Kampung Paya di sini, semalam.

Kebakaran jam 3 pagi itu berlaku ketika penghuni sedang tidur. Bagaimanap­un, mereka dapat menyelamat­kan diri selepas menyedari kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Ayid, 27, berkata, mereka tidak sempat menyelamat­kan barangan peribadi termasuk gaji yang baru diterima beberapa hari lalu.

“Wang gaji saya berjumlah

RM1,000 hangus malah ada yang kerugian RM2,000. “Bagaimanap­un, kami tetap bersyukur kerana selamat. Bomba yang tiba tidak lama kemudian dapat mengawal api daripada merebak ke rumah kongsi lain,” katanya yang baru sebulan bekerja.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson Mohd Zainudin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 3.23 pagi dan bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota.

“Sejurus tiba, kami dapati api sedang membakar rumah kongsi menempatka­n warga Indonesia dan Bangladesh.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian dan semua penghuni dapat menyelamat­kan diri. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ?? MANGSA kebakaran mencari barangan yang masih selamat selepas rumah kongsi didiami terbakar di Port Dickson.
KEADAAN rumah kongsi yang dijilat api.
MANGSA kebakaran mencari barangan yang masih selamat selepas rumah kongsi didiami terbakar di Port Dickson. KEADAAN rumah kongsi yang dijilat api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia