Harian Metro

Angkat martabat silat di IPT

-

Usaha mengangkat seni silat Melayu sebagai bahan ilmiah dan rujukan di institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu terus diperkasa dan bukan hanya dikenali dengan ketangkasa­n serta kehebatan fizikalnya semata-mata.

Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Supyan Hussin berkata, seni silat Melayu lambang akal budi yang terangkum di dalamnya tentang falsafah hidup, pemikiran, perlakuan, emosi dan gaya hidup.

“Zaman dahulu, seni silat ini kehebatann­ya terkenal dalam istana, diangkat sebagai wira hulubalang yang terhebat dan hari ini ia menaikkan nama negara dalam sukan silat olahraga.

“Namun demikian, ilmu seni silat belum lagi diangkat ke dalam alam ilmiah akademik bagi memastikan ianya tidak tenggelam ditelan arus kemodenan.

“Jika silat tidak didokument­asikan, ilmu seni silat itu akan hilang bersama gurunya apabila mereka meninggal dunia sama ada pengalaman atau bahan lisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Metro Ahad pada Siri Wacana ATMA berjudul Seni Silat Melayu: Falsafah dan Keilmuan Seni Silat Gayung Fatani di UKM di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Supyan berkata, wacana itu bertujuan memastikan seni silat tidak hanya menjadi sukan olahraga, sebaliknya mengumpul bahan asal usul seni Melayu itu daripada beberapa pembentang kertas kerja untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Antara tajuk pembentang­an ialah Falsafah Silat Pulut, Bahasa dan Silat, Halatuju Silat Dalam Sukan Di Malaysia dan Antarabang­sa dan Seni Silat Dalam Industri Kreatif.

“Syukur mereka berdua selamat. Selama empat hari mereka gagal dihubungi, kami sekeluarga bimbang akan keselamata­n mereka, apakah nasib mereka di tengah lautan? Sebaik mendapat tahu mereka ditemui dalam keadaan baik, masing-masing berasa lega.”

Luahan Salmah Kasim, 23, kakak kepada pemandu pelancong Mohd Abdul Lattif, 20, yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tioman sejak Rabu lalu sebelum dia dan bapa saudaranya ditemui selamat di Pulau Jemaja di kepulauan Riau, Indonesia, semalam.

Menurut Salmah, dia mendapat perkhabara­n gembira itu jam 4 petang selepas bapa saudaranya Amat Mohamad, 50, membuat panggilan dari Pulau Jemaja memaklumka­n keadaan mereka selamat.

“Apabila mendapat perkhabara­n itu, masing-masing menarik nafas lega kerana bimbang akan nasib mereka sebelum ini. Bapa saudara ada memaklumka­n mereka diselamatk­an kumpulan nelayan di perairan Pulau Jemaja dan kini menerima rawatan di hospital.

“Kami sekeluarga turut memaklumka­n kepada pihak berkuasa mengenai berita itu dan difahamkan pihak berkuasa di sini

 ??  ?? PANEL pembentang yang menyertai program di UKM, semalam.
PANEL pembentang yang menyertai program di UKM, semalam.
 ??  ?? PESERTA yang hadir mendengar pembentang­an kertas kerja.
PESERTA yang hadir mendengar pembentang­an kertas kerja.
 ?? Dr Supyan ?? Jika silat tidak didokument­asikan, ilmu seni silat itu akan hilang bersama gurunya apabila mereka meninggal dunia”
Dr Supyan Jika silat tidak didokument­asikan, ilmu seni silat itu akan hilang bersama gurunya apabila mereka meninggal dunia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia