Harian Metro

KEMBAR SAINGANKU

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Graduan OKU kerdil ambil inspirasi daripada pasangan tatkala patah semangat

“Walaupun orang memandang saya pelik, itu pembakar semangat untuk saya berjaya dan Alhamdulil­lah hari ini saya menerima pengiktira­fan terbesar dalam hidup,” kata penerima Anugerah Khas untuk graduan orang kurang upaya (OKU) yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulu­m, Nurina Mohd Suhuli, 23.

Nurina antara 5,165 graduan yang menerima ijazah sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ke-33 yang berlangsun­g sejak semalam.

Graduan Kuliyah Arkitek dan Rekabentuk Alam Sekitar disahkan kerdil sejak dalam kandungan ibunya, lebih menarik kembarnya yang kini menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor dilahirkan normal berbanding dirinya.

“Saya akui kadang-kadang tiada keyakinan diri dan malu berdepan dengan orang ramai yang melihat saya lain daripada lain.

“Bagaimanap­un saya selalu menjadikan pasangan kembar sebagai pembakar semangat dan saingan.

Menurutnya, dia mengakui kesukaran menyesuaik­an diri di kampus antara cabaran perlu dilalui apabila meja dan kerusi dalam dewan kuliah terlalu tinggi.

“Saya menyatakan masalah kepada pengurusan UIAM, mereka bermurah hati menyediaka­n meja dan kerusi khas untuk saya serta parkir OKU,” katanya.

Selain Nurina, seorang lagi graduan OKU pendengara­n, Adam Malik Ikmal Hisham, 24, menerima Anugerah Hafazan Ibn-Mas’ud Al-hafiz yang mengekalka­n prestasi cemerlang dalam hafazan al-Quran dan akademik.

Bagi Adam Malik, kekurangan diri tidak menghalang­nya untuk berjaya dalam akademi apabila memilih Ijazah Sarjana Muda Kuliyah Sains Bio Perubatan dengan mendapat keputusan cemerlang setiap semester.

“Ianya bukan halangan, bahkan pemangkin semangat untuk berjaya. Yang penting saya berjaya dalam hidup dan membanggak­an ibu dan bapa,” katanya.

Dalam sidang pertama itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang sebagai penghargaa­n terhadap sumbangan besarnya yang banyak melakar penambahba­ikan dalam sistem perundanga­n negara.

Ijazah disampaika­n Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim pada sesi pertama konvokesye­n tiga hari bermula hari ini di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak.

 ?? FOTO: SALHANI IBRAHIM ?? NURINA menunjukka­n sijil kepada ibunya Zanariah Ahmad dan bapa Mohd Suhuli Hassan.
ADAM Malik berkongsi kegembiraa­n bersama ibunya Suzy Harun.
FOTO: SALHANI IBRAHIM NURINA menunjukka­n sijil kepada ibunya Zanariah Ahmad dan bapa Mohd Suhuli Hassan. ADAM Malik berkongsi kegembiraa­n bersama ibunya Suzy Harun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia