Harian Metro

KUCING 2 MUKA

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Peniaga tak sangka anak kucing baru lahir disangka cedera rupanya mempunyai hidung dan mata tambahan

Seorang peniaga pisang goreng di Taman Cahaya (PKNK) di sini, terkejut apabila kucing peliharaan­nya diberi nama Comel melahirkan anak kucing bermuka dua.

Zakirah Yaacob, 55, berkata, kejadian itu disedari apabila dia cuba mengalihka­n seekor daripada tiga anak kucing yang dilahirkan kerana kelihatan lemah Khamis lalu.

“Ketika ingin keluar ke pasar, saya melihat Comel dalam kesakitan untuk melahirkan anak. Saya cuba membantuny­a, namun gagal disebabkan Comel kelihatan begitu sakit ketika saya ingin menarik anaknya.

“Selepas pulang dari pasar, saya melihat Comel sudah selesai melahirkan ketiga-tiga anak kucing, bagaimanap­un salah seekor kelihatan tidak bermaya membuatkan saya cuba mengalihka­n anak kucing itu daripada ibunya dan ketika itu saya menyedari anak kucing itu mempunyai dua muka,” katanya.

Zakirah berkata, dia terkejut melihat keadaan anak kucing itu lantas memberitah­u ahli keluarga lain yang turut terkejut dengan kejadian pelik itu.

Pada awalnya, Zakirah menyangka anak kucing itu luka pada sebelah kanan pipinya, namun apabila diamati ia membentuk satu lagi muka yang mempunyai hidung dan satu mata.

“Pada awalnya saya ingat dia cedera pada wajahnya kerana ada isi kemerah-merahan di sebelah kanan pipinya.

“Tetapi apabila saya amati kembali, warna merah itu adalah hidungnya yang ada misai selain mata lain pada kawasan berkenaan,” katanya di rumahnya, semalam.

Biarpun terkejut dengan kejadian itu, dia sekeluarga berharap anak kucing itu dapat hidup dan membesar.

“Kami sekeluarga berharap anak kucing ini hidup dan membesar seperti kucing lain,” katanya.

 ??  ?? ANAK kucing yang baru dilahirkan Comel.
ANAK kucing yang baru dilahirkan Comel.
 ??  ?? COMEL menyusukan anaknya yang dilahirkan.
COMEL menyusukan anaknya yang dilahirkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia