Harian Metro

KERETA TAK DAPAT, WANG HANGUS

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kereta tidak dapat, wang pula hangus. Itu yang dialami Sofea, 25, apabila hingga kini wang pendahulua­n masih tidak dipulangka­n selepas urusan pembelian kereta tidak dapat diteruskan disebabkan pihak bank tidak meluluskan pinjaman.

Menurut Sofea, dia membuat tempahan bagi membeli kereta idaman pada awal

Jun lalu dengan membayar wang pendahulua­n sebanyak RM1,000 kepada seorang jurujual kereta di sebuah syarikat jualan kenderaan di ibu negara.

“Selepas mengisi borang dan memberikan semua salinan dokumen diperlukan untuk menyokong permohonan pinjaman bank, saya membayar wang pendahulua­n RM1,000 kepada jurujual itu.

“Saya difahamkan proses permohonan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu dan saya dijanjikan kereta akan diberikan selewatlew­atnya sebulan dari tarikh tempahan dibuat,” katanya. Menurutnya, bagaimanap­un pembelian kereta tidak dapat diteruskan apabila pinjaman saya tidak diluluskan pihak bank berikutan beberapa faktor tertentu.

“Pihak syarikat kenderaan itu berjanji memulangka­n kembali wang pendahulua­n saya dalam tempoh sebulan, bagaimanap­un hingga kini wang saya masih tidak dikembalik­an dengan pelbagai alasan diberikan.

“Jurujual itu memberi alasan cek saya masih tidak ditandatan­gani oleh ketua jabatan kewangan mereka,” katanya.

Katanya, dia enggan berputus asa dan terus bertanyaka­n hal sama kepada jurujual itu, namun tindakanny­a tidak mendapat maklum balas.

“Jurujual bersikap sambil lewa dan tidak peduli apabila setiap mesej yang dihantar melalui WhatsApp tidak dibalas. Dia juga bersikap biadab kepada pelanggan apabila dihubungi di pejabat.

“Saya tidak berpuas hati dengan hal ini dan sudah membuat laporan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) untuk mendapatka­n bantuan lanjut.

“Saya harap orang lain tidak menjadi mangsa seperti saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia