Harian Metro

Batal wuduk sentuh isteri

-

ingin bertanya mengenai mahram. Saya baru berkahwin tetapi saya keliru dengan istilah mahram dengan status suami isteri. Sekiranya saya mengambil wuduk dan menyentuh isteri, adakah wuduk terbatal?

AMIN, Ampang

berasal daripada haram. Penggunaan istilah mahram ialah hubungan yang diharamkan berkahwin dengannya. Terdapat beberapa sebab mahram dan kesannya dalam perhubunga­n, sentuhan dan aurat. Antara sebabnya mahram adalah keturunan seperti anak dan ibu, sebab perkahwina­n seperti ibu mentua dan sebab penyusuan seperti adik-beradik susuan.

Terdapat mahram sementara seperti kakak ipar selagi mana seorang lelaki berkahwin dengan adiknya. Terdapat mahram selama-lamanya seperti ibu mentua kepada seorang lelaki yang telah menyetubuh­i isterinya yang merupakan anak mentuanya itu.

Isteri atau seorang wanita adalah mahram sementara bagi lelaki yang lain selagi mana ia mempunyai suami atau dalam edah bekas suaminya. Ia boleh dirujuk kepada firman Allah bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuanp­erempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemulihara­an kamu daripada isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraika­n mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).

“Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu.

Dan diharamkan kamu menghimpun­kan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhn­ya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah An-Nisa:23)

Mengenai wuduk pula terdapat perselisih­an ulama, namun Mazhab As-Shafie menyatakan batal wuduk sentuhan antara suami isteri, cuma perbezaan sentuhan isteri membatalka­n wuduk dan tidak berdosa. Namun, sentuhan dengan wanita yang lain membatalka­n wuduk dan berdosa. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia