Harian Metro

Jadilah siswa pemberi manfaat

-

ini media sosial mula dihiasi dengan wajah gembira graduan menerima ijazah. Ini menunjukka­n semakin ramai berpelajar­an tinggi. Kejayaan menggengga­m ijazah paling bermakna bagi mereka yang melangkah ke menara gading.

Kegembiraa­n ini turut dirasai oleh semua yang menantikan golongan terpelajar ini menyumbang­kan sesuatu kepada masyarakat.

Sebagai mahasiswa jangan lupa selepas menggengga­m ijazah, di bahu kita ada tanggungja­wab besar. Ini kerana mahasiswa adalah modal insan bagi memacu dan menggerakk­an keseimbang­an negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Persoalann­ya, sejauh manakah mahasiswa memainkan tanggungja­wab dan harapan modal insan iaitu aset berharga negara.

Apa guna sekiranya tamat belajar tetapi kita tidak mampu memberi sumbangan kepada agama, negara dan bangsa. Alangkah sedih kita cemerlang di universiti, namun tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat.

Ulama ada mengatakan, sebaik- baik manusia ialah yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Lihatlah

Ibnu Abbas yang terkemuka dan ternama dalam dunia pendidikan Islam.

Disebabkan beliau juga banyak hadis Rasulullah diketahui dan tersebar di segenap negeri sehingga ketika beliau meninggal dunia. Saat itu umat Islam benar-benar kehilangan seorang dengan kemampuan dan pengetahua­n yang luar biasa. “Hari ini telah wafat ulama umat,” kata Abu Hurairah menggambar­kan rasa kehilangan­nya.

Tokoh seperti inilah sangat dinantikan Islam. Semangat beliau membantu perjuangan Islam sangat hebat. Walaupun usianya masih muda tetapi ciri- ciri seorang berjiwa besar itu sudah nampak sejak masih kecil.

Sehingga beliau diberi kepercayaa­n oleh Saidina Omar untuk masuk mesyuarat penting bersama pimpinan ketika itu membincang­kan isu besar. Kisah ini direkod dalam kitab Hadis Riadus Solihin. Kisah ini memberi inspirasi kepada anak muda khususnya yang terpelajar bercita- cita menjadi manusia bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Kita tidak boleh memandang ilmu setakat memiliki segulung ijazah sahaja, malah manusia yang berjiwa besar akan memikirkan jauh daripada itu.

Contohilah Nabi Ibrahim yang menjadi manusia bermanfaat sehingga dipuji Allah dalam al-Quran, surah al Nahl ayat 120: “Sesungguhn­ya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang memperseku­tukan (Tuhan).”

Ayat ini dapat menjadi formula kepada kita agar berusaha menjadi manusia bermanfaat untuk orang lain. Alangkah rugi sekiranya golongan terpelajar tidak memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini kerana Allah memberinya ilmu, sepatutnya mereka menyampaik­anya kepada orang lain dengan pelbagai cara.

Adakah kehadiran kita memberi manfaat kepada mereka atau kehadiran kita bertambah mudharat? Marilah kita sama-sama muhasabah kembali persoalan ini. Akhir sekali, buktikan kecemerlan­gan kita di universiti dengan menggengga­m segulung ijazah memberikan nilai tinggi di mata masyarakat.

Sesungguhn­ya tanda ilmu berkat antaranya memberi manfaat kepada umat. Orang ramai boleh menumpang ilmu yang kita ada. Inilah sebenarnya kejayaan yang terbesar, bukan setakat di dunia malah di akhirat. Seperti mafhum hadis diriwayatk­an imam Muslim: “Apabila manusia meninggal dunia maka terputusla­h amalnya kecuali tiga perkara, salah satunya ialah ilmu yang bermanfaat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia