Harian Metro

HIDUP SALING BERGANTUNG­AN

-

“Agama itu nasihat, kami bertanya: Untuk siapa. Beliau menjawab untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pimpinan kaum Muslimin dan umumnya.” (HR Muslim).

Jika kita rujuk pada hadis pertama dalam hadis 40 ini ia bermaksud nasihat untuk Allah adalah beriman kepada Allah dan tidak menyekutuk­an-Nya, mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Nasihat bagi kitab Allah, maknanya beriman dengan keagungan kalam Allah al-Quran, membaca, memahami dan mengamalka­nnya.

Nasihat kepada RasulNya, maknanya mengimani kebenarann­ya, patuh segala yang datang daripadany­a dan menghidupk­an sunahnya.

Nasihat terhadap para pimpinan umat Islam, yang membawa maksud membantu mereka dalam melaksanak­an kebenaran, taat segala perintahny­a dan memberikan saran secara sopan jika mereka menyimpang.

Nasihat kepada kaum Muslimin semuanya, ertinya memberikan petunjuk dan bimbingan kepada mereka untuk kemaslahat­an dunia dan akhirat serta mencegah gangguan mereka. Kita sebagai manusia juga tidak dapat lari daripada ketetapan ini. Saling ingat mengingatk­an amat penting dalam kehidupan seharian.

Memang ada beberapa perkara kita sudah tahu, tapi tidak mencukupi tanpa mengamalka­nnya. Jadi itu pentingnya saling ingat mengingati. Bukan semua orang suka apabila diingatkan atau lebih mudah difahami iaitu dinasihati. Kita selalu berasakan kita sudah cukup bagus untuk dinasihati dan diingatkan kerana ilmu pengetahua­n yang kita miliki.

Rasa diri ini sudah bagus, tidak perlu diingatkan, ia adalah sesuatu yang menjengkel­kan. Tetapi kita lupa kita juga perlu diingatkan sentiasa dengan rasa rendah diri. Tiada manusia yang dapat hidup seorang diri. Kebergantu­ngan kepada manusia lain adalah sesuatu yang tidak akan dapat kita elakkan sama ada untuk kehidupan di dunia mahupun setelah mati.

Kita manusia memang diciptakan untuk saling bergantung­an. Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibunya. Syurga perempuan pada lelaki iaitu suaminya. Sehebat suami kena patuh pada ibunya. Sehebat ibu kena patuh pada suaminya. Masa hidup anak perlukan doa ibu bapanya. Apabila mati, ibu bapa perlukan doa anaknya.

Di dunia nasab itu pada lelaki. Di akhirat nasab itu pada perempuan. Sehebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya. Setinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru. Berapa jauh seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindu adalah keluargany­a.

Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaik­an bumi dan berbumbung­kan langit. Tanpa petani, kita tiada beras, sayursayur­an dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan berbaju.

Tanpa tukang masak kita tidak dapat merasa makanan lazat. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluank­eperluan hidup yang bermacam jenis. Pendek kata hidup kita sentiasa bergantung dan bersandar pada jasa dan pengorbana­n orang lain.

Seorang yang mahu bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebih-lebih lagi dengan Allah pasti akan berasa sangat susah bahkan mungkin akan mati kelaparan. Demikianla­h sunnatulla­h, dijadikan manusia terpaksa berasa perlu kepada manusia lain agar mereka saling berasa terhutang budi dan memerlukan.

Walau sekaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain. Seorang ketua tidak akan mampu uruskan perjalanan organisasi tanpa pekerjanya. Seorang pemimpin tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Begitulah dengan kita, seorang hamba yang lemah memerlukan pencipta-Nya untuk terus bergantung harap serta rahmat daripada-Nya.

“Semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa. (Al Hujurat: 13). Tak perlu kita rasa bagus, rasa hebat, rasa megah diri dengan apa yang kita ada kerana semuanya bukan milik kita. Kita hanya pinjaman semata-mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia