Harian Metro

MAHU NIKAHI DUA KEKASIH

-

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahiny­a), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”(Surah An Nisaa: 3).

Ayat itu memberi gambaran tanggungja­wab saudara pikul jika memutuskan hasrat untuk berpoligam­i. Andai benar sebaiknya saudara mula dengan sikap bertanggun­gjawab terhadap percintaan saudara dengan dua teman wanita itu.

Berterus -terang lebih baik berbanding menjalinka­n hubungan bersama tanpa pengetahua­n mereka. Biarpun mereka terluka itu lebih baik berbanding menyakiti mereka tanpa mereka sedari.

Katakan saudara bersemuka dengan mereka, kemungkina­n berlaku ada baik dan buruknya.

Baiknya kekasih menyedari saudara jujur dan ikhlas mahu hubungan cinta itu berpanjang­an hingga ke jenjang pelamin.

Namun buruknya hubungan cinta itu akan berakhir sertamerta mahupun mereka perlukan masa sebaik mengetahui diduakan. Tetapi saudara perlu berusaha memujuk dan meminta mereka memaafkan.

Mana tahu saudara dapat jawapan dan sejauh mana pasangan saudara itu A atau B dapat menerima serta mengorbank­an rasa kecewa demi masa depan hubungan antara saudara dengan mereka. Ingatlah bercakap benar itu lebih baik daripada seribu pembohonga­n meskipun ia perkara menyakitka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia