Harian Metro

Tidak suka pilihan ibu

-

Saya bergaduh dengan calon pilihan ibu kerana kurang senang dengan sikapnya gemar membuat keputusan tanpa kebenaran saya. Sedangkan saya berkirakir­a mahu memujuk dia untuk menolak pinangan ibu kerana saya mempunyai calon sendiri. Ibu kurang berkenan dengan teman wanita saya yang juga seorang model asing.

Dia pandai bergaya serta seksi. Ibu meminta saya menegur kerana dia berasa malu dengan pakaian dikenakan teman wanita saya. Malah ketika teman wanita saya bertemu ibu, dia mengenakan mini skirt dan membuatkan ibu bertambah bengang dengannya.

Teman wanita saya tidak faham mengapa ibu saya perlu marah? Baginya penampilan serta pakaian dikenakan bukan tidak pernah dilihat saya sebelum ini. Malah orang tuanya sendiri tidak pernah mempertika­ikan pakaian kekasih.

Akhirnya ibu saya kecewa dan meminta saya pulang hujung bulan lalu. Sebaik tiba di kampung ibu meminta saya tamatkan hubungan dengan kekasih kerana dia sudah tunangkan saya dengan anak buah rakannya.

Justeru saya membuat panggilan pada tunang dan perbincang­an bertukar menjadi pertelingk­ahan kecil. Saya akui ia berpunca daripada saya memperleke­hkan mindanya kelas ketiga kerana untuk meneruskan perkahwina­n kami. Apa perlu saya lakukan?

AZAD, Ayer Keroh, Melaka. Reda seorang ibu penting dalam keberkatan hubungan serta kehidupan saudara. Dalam sudut mencari isteri terbaik, Dang

Setia percaya ibu mempunyai sebab sendiri memilih anak buah rakannya sebagai pasangan.

Sikap teman wanita tidak mengenakan pakaian sesuai semestinya mendatangk­an masalah pada satu hari nanti antaranya menjadi bualan ahli keluarga mahupun ‘santapan’ mata lelaki hidung belang.

Di sini peranan saudara penting kerana isteri atau pasangan bukannya trofi untuk dibanggaka­n sebaliknya bermaksud maruah serta tanggungja­wab saudara sendiri.

Mungkin ibu tidak berasa calon dipilih saudara memberi kebaikan sebaliknya keindahan serta keseronoka­n sementara.

Dengan kerjaya dimiliki kekasih selaku model hanya menambah rasa gusar ibu saudara. Kekasih seharusnya peka dan tahu susila penting bagi masyarakat timur.

Itu saudara harus sedar dan bukan hanya bersandar kepada kecantikan menjamin masa depan rumah tangga baik sebaliknya isteri penyenang suami. Daripada penceritaa­n saudara sendiri, teman wanita tidak mahu beralah dengan ibu sebaliknya mencipta provokasi.

Sebaiknya teliti ciri dimiliki teman wanita sejauh mana saudara dapat mengawal agar tidak berdepan masalah sebaik berkahwin nanti. Mengenai tunang pula mohon kemaafan kerana saudara keterlalua­n. Mungkin wanita itu lebih wajar menjadi pasangan hidup saudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia