Harian Metro

SELESAI KES LANUN BERPROFIL TINGGI

-

oleh generasi muda kini.

Menurut Komander Maritim Abdul Muhaimin Mohd Salleh, 39, pengalaman­nya berkhidmat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) banyak membantuny­a dalam APMM.

“Saya adalah individu yang sangat sukakan cabaran dan atas sebab itu juga saya memilih menyertai APMM dan ternyata ia pilihan terbaik.

“Pada awalnya saya menghadapi cabaran menyesuaik­an diri dalam pasukan ini kerana bukan mudah mengubah rutin harian daripada seorang anggota TLDM kepada APMM, namun saya tidak sesekali menoleh ke belakang,” katanya yang bertugas di Ibu Pejabat APMM Putrajaya.

Abdul Muhaimin yang kini memegang tampuk pasukan elit APMM dikenali sebagai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK) berkata, berkhidmat dalam APMM memerlukan pengorbana­n besar kerana tugas tidak mengira masa.

“Tanggungja­wab saya sebagai pegawai penguat kuasa amat besar. Saya terpaksa berjauhan daripada keluarga ketika bertugas di Sabah pada 2006 hingga 2009.

“Saya hanya berpeluang pulang bertemu keluarga beberapa kali, namun sememangny­a ia realiti perlu saya hadapi demi kerjaya,” katanya.

Menceritak­an cabaran dilaluinya, Abdul Muhaimin berkata, dia turut terbabit dengan insiden operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kapal tangki iaitu MT Orkim Harmony yang hilang di perairan timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 2015 selepas ditahan perompak sehari sebelum dilaporkan hilang.

Kapal milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal membabitka­n 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

“Selain itu, saya juga pernah bertugas di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Namun, apa yang tidak boleh dilupakan adalah kejayaan pasukan menyelesai­kan kes berprofil tinggi dan yang terbaru kes rompakan lanun sebuah kapal tangki MT MGT1 dari Thailand, September lalu,” katanya.

Menurut Abdul Muhaimin, peluang terhadap kerjaya penguatkua­saan di laut terbuka luas dan generasi muda perlu mengambil peluang ini.

“Saya berharap generasi muda dapat mengembang­kan kerjaya bersama pasukan APMM dalam menguatkua­sakan undang-undang di laut,” katanya.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Abdul Muhaimin Mohd Salleh
Pangkat: Komander Maritim
Umur: 39 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Status: Berkahwin Penghargaa­n: Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (2016) Jawatan terkini: Ketua Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK)...
PROFIL Nama: Abdul Muhaimin Mohd Salleh Pangkat: Komander Maritim Umur: 39 tahun Asal: Kota Bharu, Kelantan Status: Berkahwin Penghargaa­n: Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (2016) Jawatan terkini: Ketua Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK)...
 ??  ?? ABDUL Muhaimin.
ABDUL Muhaimin.
 ??  ?? ABDUL Muhaimin ketika menjalani latihan menembak bersama pasukan elit agensi penguatkua­saan yang lain.
ABDUL Muhaimin ketika menjalani latihan menembak bersama pasukan elit agensi penguatkua­saan yang lain.
 ??  ?? ABDUL Muhaimin ketika menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang pada 2016.
ABDUL Muhaimin ketika menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang pada 2016.
 ??  ?? MENYERTAI operasi menyelamat di perairan Malaysia.
MENYERTAI operasi menyelamat di perairan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia