Harian Metro

PESERTA PALING RAMAI

- Nor Raidah Awang am@hmetro.com.my

Pesta Rakit Larut 2017 yang berlangsun­g di Sungai Bayor, di sini, semalam dicatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai penyertaan paling ramai dalam pertanding­an rakit.

Acara tahunan yang memasuki edisi kelima itu membabitka­n penyertaan 1,048 peserta dalam dua kategori iaitu perlumbaan rakit dan rakit berhias terbuka kepada orang awam serta agensi kerajaan.

Penganjura­n pesta itu berjaya menarik hampir 15,000 pengunjung memeriahka­n acara membabitka­n laluan Sungai Siputih

dan Sungai Bayor sejauh 7 kilometer bermula dari Kampung Teluk Mas hingga pekan Sungai Bayor.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Larut dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Harta Intelek

Malaysia (MyIPO), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan JL 99 Group itu dirasmikan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, penganjura­n kali ini lebih istimewa kerana pihak MBOR dipanggil bagi mengiktira­f acara itu sebagai penyertaan paling ramai dalam pertanding­an rakit.

“Jumlah penyertaan dalam Pesta Rakit Larut 2017 ini mencatatka­n penyertaan sebanyak 256 rakit membabitka­n kategori rakit laju dan rakit berhias.

“Pada tahun ini kita juga membuat kelainan dengan mengadakan kategori untuk pelajar sekolah dari seluruh Perak sebagai satu program kokurikulu­m serta beberapa sukan air lain bagi memeriahka­n acara,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan

peserta pertanding­an rakit di Kampung Teluk Mas, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, antara tujuan utama penganjura­n pesta rakit berkenaan adalah bagi memperkena­lkan Selama selain merapatkan silaturahi­m antara masyarakat setempat serta mengekalka­n tradisi penggunaan rakit.

“Kita akan pertahanka­n penggunaan rakit yang dibuat menggunaka­n buluh ini agar generasi muda mengenali dan tidak melupakann­ya.

“Selain itu, pesta ini juga dapat menarik pengunjung dari seluruh Perak dan negeri berhampira­n serta penyertaan peserta dari seluruh negara.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada penduduk setempat menjalanka­n perniagaan untuk meningkatk­an pendapatan,” katanya.

Dalam pertanding­an itu, bagi kategori rakit laju orang awam dimenangi pasukan Sungai Berdarah dari Sungai Bayor yang juga juara bertahan.

 Pesta Rakit Larut 2017 masuk rekod MBOR

Manakala kategori rakit laju agensi kerajaan dimenangi KPDNKK Kelantan yang turut menjuari kategori rakit berhias dengan johan setiap kategori membawa pulang wang tunai RM2,500.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Pesta Rakit Larut 2017.
SEBAHAGIAN peserta Pesta Rakit Larut 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia